Saturday, 8 July 2017
M U K A
Aku tak tahu sejak bila benda ni mula... Tapi bila fikir balik, aku tahu kenapa aku selalu tak boleh ingat muka orang walaupun aku ingat nama diaorang.
Aku ibarat Ishida Shouya dalam film Koe No Katachi (The Silent Voice). Dalam satu kumpulan orang ramai, aku akan tunduk dan tidak pandang sesiapa. Pada mulanya aku ingat aku tak boleh pandang muka lelaki yang aku tak kenal ja, (Konon dulu nak jaga pandangan) Tapi rupanya, aku tak pernah eye contact dengan sesiapa. Selagi diaorang tak tegur aku, selagi tu aku takkan pandang dorang.
Bagi aku kewujudan semua orang disekeliling aku yang tidak memerlukan aku untuk masuk campur dalam kehidupan mereka adalah TIDAK PENTING SAMA SEKALI. Yepp, bila aku rasa tidak ada kepentingan untuk tegur sesiapa untuk berbahasa basi , aku akan terlihat seakan orang babau (Bisu) yang berada dalam dunianya sendiri.
Kadang, bila aku tengah sibuk atau dalam keadaan tidak ingin ditegur oleh sesiapa, tapi tiba-tiba dorang tegur untuk suruh aku tengok video yang buat mereka ketawa tak kering gusi, aku be like... ettooo? Sorry? Tapi untuk jaga hati dia orang, aku akan ketawa yang seriously ketawa palsu dan tidak ikhlas.
Ada juga yang perasan dengan perangai acuh tak acuh aku ni. yang bila dorang excited bercerita, aku respon.. "Oh ya...?" "Ohh, Isee..." "Laaa, yaka?" "Uish teruknyaa..." Aku, selalu jaga kemachoan aku depan orang ramai. Aku tak suka over joy sampai lupa diri. Aku tak suka terkinja-kinja bila one of my fav artis keluar depan TV atau aku jumpa sendiri depan-depan.
Aku tak suka perbesar masalah yang actually besar. Aku suka abaikan ja bila ada masalah yang aku rasa aku tak perlulah nak perah otak untuk fikir. Dan obviously, aku tak suka tanya benda bodoh atau cakap kosong pasal benda yang aku tak minat.
Selalu, aku akan cakap banyak bila benda tu menarik perhatian aku, benda yang aku minat, dan benda yang aku ada pengetahuan at it. Ohh, dan aku akan seriously banyak cakap dan banyak cerita dekat orang yang aku dah mula rapat... kadang aku syok sendiri sebab terlalu eksaited nak cerita.
Errr,, dan aku dah melencong jauh dari tajuk.
So, yepp... actually, aku tak pernah tengok muka orang straight. Aku tau benda ni agak teruk, tapi aku hanya tengok muka orang yang aku selesa bercakap, dan memang rapat dengan aku. Dan kadang aku agak tekejut bila orang cakap pasal parut atas muka aku ni, know what.. aku ingat semua orang macam aku, tak perati segenap muka orang bila bercakap. Dan yah, bila ditanya parut yang ada atas muka beberapa orang yang aku hanya kenal beberapa bulan yang lepas, memang aku takkan dapat jawab, sebab aku tak pernah pay attention dekat orang yang bercakap dengan aku.
Ada yang cakap aku ni hati kering bila aku tak da ekpresi tengok lelaki hensem, atau tengok cerita seram atau ketawa terbahak-bahak bila orang buat lawak bodoh, atau bergembira sampai tak ingat dunia. atau buat muka bodoh time perlawanan ping pong, sampai orang cakap aku tak buat betul-betul. Guys, I'm doing ma best dalam perlawanan tu actually, it just my expression expres nothing. Aku rasa aku selesa macam ni. Bersederhana.
Kalau nak cakap aku ni pasif, yepp I am. tapi tengok situasi juga. Aku akan teruja untuk benda-benda kecil. contohnya, bila ada orang sama minat dengan aku, bila ada orang sama kidal macam aku, bila ada orang suka cakap anime atau movie yang aku suka, bila aku dah masuk kedai buku yang ada discount besar, bila aku kena bawak tengok pemandangan dan nikmati alam-alam.. Aku pun tahu overjoy juga, bila aku fully buat benda yang aku minat. dan masa tu lah aku akan teruja dan nak semua orang tahu yang aku eksaited dengan benda tu. (Walaupun dunia tak pernah kisah)
It just , mungkin apa yang orang lain minat dan teruja tengok tak sama dengan apa yang aku minat yang boleh buat aku eksaited. Aku takkan teruja tengok artis popular walau dorang berdiri depan aku, aku tak teruja tengok discount baju-baju sampai aku nak shopping, aku tak teruja juga kena bagi hadiah yang mahal (accesori) atau lebih tepat lagi, aku benci kena bagi hadiah yang aku rasa takda kepentingan tu. Aku takkan teruja bila dalam kalayak ramai (dinner / event). Aku tak teruja bila orang puji aku leboh2 (Malah benda tu yang akan buat aku down)...
Mungkin sebab perempuan ni complicated. Aku complicated... Mungkin sebab tu juga aku tak pernah cuba untuk rapat dengan sesiapa kecuali orang yang hari hari aku jumpa dan akan bercakap dengan.
#Siapa #Kau ??
Saturday, 15 April 2017
F O B I A
Fobia, trauma dan seangkatan dengannya. Aku ada penyakit ni, bila bercakap pasal CINTA.
Mungkin sebab aku takut kecewa, aku takut sedih aku takut untuk menghadapi semua dugaan masa bercinta tu yang menjadi penyebab aku berharap sangat aku dapat hindari benda ni (CINTA).
Tapi, walau tinggi mana pun aku bina tembok, walau tebal manapun aku lapiskan hati aku ni. Kalau Allah sudah hadirkan perasaan tu... Macam mana kan? Aku larilah jauh mana pun, kalau ada yang kejar. Aku tetap cair.
Dan ya, aku kalah lagi... Aku tak tahu berapa ramai yang pernah singgah dalam hati aku, sebab kebanyakannya hanyalah 'cinta tak kesampaian'. Macam sebelum ni. Tapi, lepas aku sudah terbiasa sorang2. Hadir pula, sorang Abdullah ni.
Dulu aku nafi senafinya bila dia kata dia syok dekat aku. Bila lama2, aku sudah malas mahu tarik tali dan buat keputusan untuk TERIMA. Aku terima. Mula2, aku bagi dia buka kunci hati aku, lepastu aku benarkan dia masuk, aku suruh tutup. Kemudian bagi dia tinggal dalam hati aku. Masih lagi dia ada dalam ni (HATI).
Tapi aku masih dengan fobia trauma semua tu. Aku tidak pernah terima orang secepat ni. Dulupun yang 'cinta x kesampaian' tu.. Berbulan lamanya kami kenal, sampai satu masa dia kena sambung studi jauh. Last2 lost contact dan dia lupa yang kami pernah rapat.
Aku sejak kebelakangan ni, semakin suka fikir benda2 yang tidak ada. Since aku sedang menjalani hubungan jarak jauh. Walaupun tinggal di negara yang sama. Tapi jauh jugalah.
Manusia kan, ada hati, ada mata... Fobia trauma dtg balik. Tapi aku tahu aku boleh percayakan dia. Since dia pun letak kepercayaan dia dekat aku. Huuuuuuuu jauhhhh~
#rinduhoit
Thursday, 11 February 2016
Mencintai ciptaan Allah
Thursday, 13 November 2014
Senyumannya.
Aku diam tidak berkutik, merenung sayu gambar gadis yang tersenyum lebar. Tangganku mengelus gambar bibinya.
Dari senyumannya, aku dapat mengagak keriangan hatinya ketika itu. Sungguh aku merindui diri itu yang tidak pernah nengenal erti lelah untuk tersenyum.
Terus ternyum walau terpukul dengan kata-kata sahabatnya, dia memiliki hati yang kental, mungkin itulah kekuatan yang ada padanya tetapi tidak pada orang lain?
Aku mengeluh, entah untuk keberapa kali. terasa lemah saat satu-satu kenangan lama mengetuk pintu mata untuk mengingat. Wajahnya menguntum senyuman bermain di wajah seperti wayang bergambar.
Aduhhh, aku menekan-nekan dada. kenapa begitu sakit setiap kali aku membelek satu persatu untuk mengingat kembali senyuman ikhlas itu?
kenapa lemah begini?
Thursday, 6 November 2014
Sijil Terlampau Perit Mendebarkan (STPM)
Saat kaki melangkah masuk kedalam Bilik permata untuk mendaftar menjadi salah seorang pelajar PRA-U kohort ke-3 2014, debaran itu terasa.
Walaupun niat hati ingin memohon SPA sahaja, namun baba dengan tegas mengatakan.
"habiskan tingkatan 6 dulu, lepas dah habis, nak sambung mana pun silakan. Baba takkan larang."
Aku bersangka baik saja, kerana pasti ada hikmah disebalik kemasukkan aku ke tingkatan 6.
Aku tersenyum memujuk diri. aku suka masuk T6. sampai sekarang aku suka.
STPM PENGGAL PERTAMA akan mula tak lama lagi. . 17nov-19nov ni.
Tapi aku tak yakin dapat atau tak buat yang terbaik supaya tak ulang paper. bagi aku ulang paper tu sangat menyesakkan kepala dan bazir masa.
Aku tengok senior senior kohort ke-2 macam tersiksa ja. sebab tu aku kena yakin kan diri yang aku boleh buat.
Tapi... keyakinan aku macam merundum pula... kenapa ek?
Saturday, 26 July 2014
Sahabat~
Susah senang itu, kita tempuhi bersama.
6 tahun mengenali kamu, aku amat bersyukur guys.
Kamu faham aku,
Kamu tau bila aku banyak cakap, aku akan terus banyak cakap n ketawa lebih-lebih, xdanya ayu (brutal jadinya)
Bila aku diam, aku akan jdi sangat diam. kamu tanya 10 patah, aku jawab sepatah..
Kadang, bila aku aktif, dan time tu kamu serius, aku akan buat dono, like bnda tu ta serius langsung.
Guys, aku dah terlalu banyak ketawa, boleh ta lepas ni jgn sedih bila aku dah ta bole ketawa? (haha gurau, adalah mustahil bagi aku dlm sehari ta ketawa)
Kamu mau tau? dalam kalangan kamu, ada seorg hamba Allah ni yg bila aku menangis, dia boleh henti kan tangisan aku.
Bila aku muram dia boleh kembali kan tawa aku.
Bila aku badmood, keletah dia akan mencuit hati aku, dan akan bring back mood happy aku.
Aku ta tau kenapa, but he is the only one can do that.. bhahaha.
Mungkin Allah kirim dia untuk selalu buat aku senyum kali kan? kahkahkah.
Aku banyak mengadu dekat kamu, kamu balas aduan aku dengan nasihat yg Subhanallah.. (Y)
Hm, macam yang aku ckp, doakan aku KAYA bah! (for that 'ONE FINE DAY') , okey?
Aku kenal banyak org, tapi aku ta tahu kenapa, dorg tak boleh faham perangai aku , macam kamu faham perangai aku.
Manusia banyak ragam kan? yah, banyak. .
Selepas mengenali kamu, aku jumpa seorg yg Alhamdulillah, faham perangai aku.
Dia satu-satunya hamba Allah yg sgt faham aku..
ERRA FAZIRA a.k.a Ari Zafarre..
She is the only one lepas bertahun2 berpisah dengan budak-budak J.
Aku kenal ramai org...
Tp dia dpt fhm aku mcm kamu faham aku.
Guys~ kenangan tu kalau nak di senaraikan memang ta terkira banyaknya. kan?
Ohya ,nanti..kalau ada seseorang tanya dekat kamu perangai aku ni macam mana? jgn bagi tau, haha.
Sedang yg lain mengenali aku sebagai seorang 'NOHA'
Kamu mengenali aku sebagai seorang 'HAFIQAH'.
Apa beza noha dgn hafiqah ni? org yg samalah~
Tapi~ siapa mengenali Hafiqah, dia pernah tengok Hafiqah, ketawa ta ingat dunia, senyum sepanjang masa, dan yg paling penting pernah tgok air mata dia...
And,, for those yg cuma mengenali Noha, mereka mengenali Noha yg selalu taip "Hahahaha" . mereka ta faham Noha ni sebenarnya jenis yg mempunyai kecelaruan EMOSI, kdg diam, kadang banyak cakap!
Dan tahun ni aku mengenali seseorang, yg perangainya sebijik macam bapa aku...
Nasihat dia lembut, tp menusuk ke jantung. selalu cool, tenang dalam menghadapi keputusan, dia melihat kemudian mentafsir.
Dia satu2nya Hamba Allah, yg mula2 nampak menyampah gila, sbb satu ari tu dia mengasak aku dengan berbagai jenis macam soalan..
Tapi.. bila dah kenal, hahaha,
He know me better than myself, I think...
Macam bapa aku, bapa aku fhm aku lebih dari diri aku sendiri.
Alhamdulillah, bersyukur dapat jumpa kawan yg perangai sebijik macam bapa aku,
Bila dh kena marah, mulalah aku menikus, jantung pun rasa mau putus, yala selalu bgi nasihat tu dah lah lemah , lembut lagi ~
Dan yah~ bila kena marah, mesti lepas tu mau pujuk kan, bapa aku ni jenis yg ta makan pujukan...
Tapi.. klu dia dah nampak air mata anak dia ni, haa lembut la bah tu.. hahay,
Tapi untuk pujuk kawan, yg aku ckp serupa mcm bapak aku ni pulak? Wallahualam,
Aku ta pandai memujuk, sedangkan dekat depan family bajet memujuk aku,cumalah air mata, inikan pula nk pujuk seorang kawan. harap kau cool sendirilah. (nasihat tu, akn aku simpan rapi) . . kamu~ PERTEMUAN dn PERPISAHAAN tu rahsia Allah, boleh jadi selepas hari ini , aku pergi...
Kalau benar, halalkan that 'ONE FINE DAY' yg aku janjikan tu k.
Dan kalau benar juga, tolong buat that 'ONE FINE DAY' untuk aku. sbb masa kat alam barzakh, manalah aku dapat buat that 'one fine day' untuk kamu semua lagi...
Macam hari ni...
Alam barzakh ta ada line bah!
~~dan yah, seandainya tiada lagi PERTEMUAN selepas hari ni, dalam kata lain kita BERPISAH . Jalani hari kamu dengan senyuman. ingati aku setiap kali RAMADHAN. (ceh, mcm org penting saja kan..haha)
For J's... kita lalui banyak perkara, Semoga persahabatan kita sampai ke syurga~
For seorang Abdullah dari kalangan J'nians... Syukur pada Allah, kerana memperkenalkan kita, pada pandangan aku, kau berbeza dari yang lain... sebab kau seperti titipan Allah buatku, untuk menghilangkan perasaan sedih. Aku selalu badmood, bila jln slow + tunduk + ta bermaya , its mean I'm in a bad mood ever.. tapi bila ketika itu kita berselisih jalan, dan kau tegur aku, I just dont know ketika itu badmood aku akan bertukar menjadi kelegaan, ada apa padamu Sahabat? adakah engkau pakar kesedihanku? tapi aku tidak pernah mengadu padamu! Kau hanya menegurku dan bertanya mengenai sesuatu kemudian kau berlalu, ketika kau berlalu, kesedihanku seakan2 ditarik dari dalam diri ini, dan mengikutimu berlalu. Hebatnya Allah, menitipmu untuk berada disekeliling ku sabahat, dan terus terusan menarik kesedihan yg aku rasa.
For Erra Fazira... Aku bersyukur dapat jumpa kau selepas mereka, kau banyak support aku, thanks sangat. sekiranya novel aku siap nanti, aku nak kau orang pertama yg baca Novel tu dan beri komen.
For Abdullah yg baru aku kenali, sungguh kesenyapanmu membuat semangatku hilang, engkau marah padaku atas kelancangan kata-kataku, maaf pun tidak bisa memujukmu yg aku lihat selalu kelihatan bersahaja dan tenang. ketika ini sungguh aku sedih, engkau langsung tidak ingin mengendahkanku. Betapa marahnya engkau padaku, tapi aku langsung tidak mempunyai kemahiran untuk memujuk, tambahan lagi engkau adalah seorang Adam sedangkan aku adalah Hawa. Andaikata engkau adalah Hawa, dengan senang aku bisa memujukmu. wahai Abdullah yg baru aku kenali, ketahuilah bahawa kebisuanmu meregut senyumanku. Di mana kata semangat yg engkau sering kirim pada ku? di mana senyuman berlesung pipit yg merupakan asetmu itu? Aku merindui gurauanmu, senyumanmu, nasihatmu, dn kata-kata terus terang darimu. sampai bila agaknya engkau ingin terus berdiam membiarkan aku menanggung serba salah ini?
#Sekian
Terima Kasih sahabat, kerana hadir dalam hidup ini. Semoga persahabatan ini berkekalan. Amin ya Rabb
Sunday, 18 May 2014
Aku bukan anak seni!
tapi sayang , aku memang bukan dilahirkan untuk menjadi anak seni?
mungkin...
aku
aku
aku
aku mahu menjadi seorang pegaqai polis , tapi.
tapi
tapi
setiap impian pasti ada halangan...
aku tak mampu..
