As Salam..
Tujuan aku mencoretkan kisah hidupku kali ini bukanlah untuk mengadu melainkan ingin berkongsi kegembiraan yang tidak terkata didalam hati ini.. syukur Alhamdulillah, berkat kesabaran dan pertolongan Allah SWT, sahabat yang dulunya menjauh dari aku kini menegur aku semula..
Ya Rabb.. aku bersyukur dilahirkan sebagai islam dan bertuhankan Engkau.. sesungguhnya aku hamba yang kerdil di atas muka bumi Mu ini Ya Rabb.. namun Kau masih memakbulkan doa hambaMu yang hina ini..
Subhanallah Ya Rabb.. sungguh aku malu dengan diriku sendiri, meminta bermacam-macam sedangkan suruhanMu cuma sedikit yang aku kerjakan..
Subhanallah.. hatiku terlalu gembira tidak terkira ya Rabb.. subhanallah..
sahabat yang satu ketika dulu aku menangis kerana kejauhan mereka yang tiba-tiba, sekarang aku tersenyum tidak berhenti kerana mereka kembali kepada ku.. Ya Allah.. terima kasih memakbulkan doa ku.. subhanallah..
Kadet polis yang sudah berkali-kali melukakan hatiku kerana ketidak adilan pemimpinnya, sekarang membuat aku tidak tidur malam kerana terlalu gembira masih mengikuti kadet polis di sekolah ku..
Subhanallah..
hebatnya Allah.. berkat kesabaran yang aku tanam dalam diri, akhirnya membuahkan hasil yang bahagia..
Subhanallah..
hebatnya Allah.. suatu ketika dulu aku diuji dan aku menangis, tapi berkat kesabaran itu.. kini aku tersenyum tidak berhenti.. subhanallah..
perkara ini buat aku yakin untuk tidak berputus asa bersabar dengan segala ujian yang di beri.. kerana di akhir kesabaran itu akan ada kebahagian untuk kita.. subhanallah.. Shukran Ya Rabb..
-Wasalam-
No comments:
Post a Comment