Semakin aku menginjak dewasa, semakin aku tidak terkata dengan keadaan dunia. mungkin kerana kematangan membuat aku berfikir lebih sebelum mengemaskini penulisan. Mungkin juga kerana, sudah tidak ada apa lagi yang perlu aku tulis tentang hidup.
Aku sudah berhenti membaca dan berfikir mengenai hidup. Aku sudah terperangkap kembali di dalam tempurung yang tidak punya jendela. Aku sudah kembali kepada diri yang hanya tahu menghadap dinding dan lelah untuk melibatkan diri dengan sesiapa. Aku penat dengan karenah manusia manusia.
Aku sedar, setiap dari kita memakai topeng yang tidak ingin dilucutkan pada mata dunia. Aku tahu aku sedang menjadi orang lain untuk menyesuaikan diri dengan keadaan masyarakat. Aku juga tahu orang yang berkali-kali cuba menegaskan itu adalah mereka, sedangkan itu tidak betul.
Mereka menghakim manusia lain, kemudian mereka mengutuk dan mengutuk berkata tidak suka akan manusia itu. Tapi kenapa? Akhirnya mereka menjadi manusia itu? manusia yang mereka kutuk, tanpa mereka sedar.
Jika betul, kau tidak mahu orang memandangmu? kenapa perlu kau melakukan sesuatu diluar kebiasaan dirimu? apa perlu kau melampaui sehingga menjadi apa yang orang ingin lihat? kenapa kau tidak mahu menjadi dirimu yang kau sendiri ingin lihat?
Aku juga memakai topeng, malahan aku sentiasa memperagakannya. tapi topengku, masih menjadikan aku diriku tanpa melampaui ketarbatasan diri ini, aku cuba menjadi diri yang sesuai dengan segenap masyarakat. Aku tidak mampu hidup seperti apa yang masyarakat mahu lihat melalui diriku karna itu, cukup bersederhana.
Manusia lain tidak pernah kisah akan kehadiranmu dalam kelompok mereka. Kau itu hanyalah watak kecil yang tidak punya apa-apa kesan terhadap hidupan harian mereka. Oleh itu, saat kau cuba menjadi bukan dirimu dan mengikut apa yang masyakat mahukan, kau terlihat begitu tolol.
Berhenti menjadikan dirimu bahan ketawa orang lain. Berhenti menjadikan dirimu begitu tidak berguna terhadap diri sendiri.
Aku sudah berhenti menulis mengenai hidup. Olahan penulisanku mengenai kehidupan juga cukup menyedihkan. karna aku sudah lelah mengikuti semua permainan dunia ini. aku sudah lelah, dan hanya ingin duduk bersendiri di bawah tempurung ini.
Saat aku sedar, betapa tidak pentingnya wujudnya aku dalam hidup manusia lain. Saat aku sedar, betapa kelilingku penuh dengan muka-muka topeng yang benar-benar sudah lari dari identiti mereka. Mereka kata mereka tidak mahu berkata besar.. tapi hakikatnya mereka show off dan bragg setiap masa. Berhentilah.
Berhenti. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment