Sunday, 1 December 2013

Sahabat yang tidak dihargai~

Layakkah aku di gelar sebagai seorang sahabat yang setia, sedangkan kawanku sendiri tidak mengiakan apatah lagi menganggapku sebagai seorang kawan kepadanya.

aku buntu...
Saat hari bahagia mereka, 
Aku pasti akan berfikir hadiah apa yang bakal aku bagi. 

sekarang, aku betul-betul rasa, pengorbanan aku tidak dihargai...
orang yang selama ni aku sering abaikan pula yang menghargai aku.

Dunia, kenapa kau begitu kejam...

Buat masa ni, aku seorang sahabat yang tidak dihargai~

Tuesday, 12 November 2013

SEJARAH?! SPM~

Tak tahu nak kata apa tapi rasa lega sangasangat sebab sejarah kertas dua baru ja selesai tadi.

Aww... waalaupun tak pasti lagi sama ada lulus atau tak, tapi tetap lega sebab Sejarah tahun ni wajib lulus.

Rasanya hari ni tak ada mood pula borak lama-lama dengan kawan yang lain, entah kenapa but something is bothering me right now.

I dont know!!!

Okey tomorrow history paper 3... Insya-Allah aku akan buat semampu yang boleh. :)

Sunday, 10 November 2013

SPM

'SPM adalah penentu hala tuju kamu...'

Entah kenapa ayat ini sering terngiang-ngian di cuping telingaku. aku tahu ada kebenaran disebalik ayat tersebut. dan sekarang aku risau, kerana tak risau pasal SPM.

Thursday, 13 June 2013

Kadet Polis dan kekecewaanku..

Assalam.

Semakin hari kedet polis di sekolahku semakin mengecewakan. Mempunyai pengerusi yang tidak minat terhadap kepolisan sama sekali mungkin membuat kadet itu semakin tidak aktif.

aku terkilan dengan kawanku yang dulu aktif bersamaku dalam unit beruniform ini, namun sekarang mereka ebih memilih PKBM Darat selepas kecewa dengan polis tahun lepas.

Dan aku?

Aku masih bertahan biarpun aku sering sakit hati kerana kedet polis..

Kerana kekecewaan ini aku sudah jarang menumpukan sepenuh perhatianku terhadap pelajaran, aku mengabaikan semua itu kerana perasaan kewaku terhadap kadet polis.

Aku fikirkan pengkhianatan hanya berlaku dalam drama melayu sahaja, rupa-rupanya dalam duania realiti juga berlaku.

Aku begitu kecewa dan bertambah tidak bersemangat selepas mengetahui kawan-kawan aku yang sudah berpindah ke PKBM darat kini menjalani latihan untuk pergi ke kebangsaan. aku sangat kecewa bila fikirkan hanya aku yang bertahan untuk kadet polis.

Aku begitu ingin menjadi polis, tapi dengan ketinggian aku yang tidak seberapa ini sangat mustahil untuk mencapai angan-angan yang sangat tinggi itu.

Mungkin aku juga patut melupakan Kedet Polis selepas ini. banyak kali aku dikecewakan cuma disebabkan kadet polis, sekarang ini, ditambah lagi dengan pengerusi yang lebih fokus kepada pelajarannya dan melepaskan tanggungjawab yang sepatutnya dia galas sebaik komandor kadet polis.

Aku begitu kecewa..

-kepada sesiapa yang membaca coretan ini, berikan aku sedikit nasihat, aku tidak tahu bagaimana ingin menangani keputusan ini-

Tuesday, 11 June 2013

DOA MENDUDUKI EXAM.


keluar rumah : bismillahi tawakkaltu a'lallah..
Otw : ya zaljalali wal ikram.
Msuk dewan : salamun koulan min rabbin rahim.
Duduk : iyyaka na'budu waiyyaka nastai'n.
Bukak krtas soalan : ihdinassiratalmustaqim..
Jawab soalan : innalaha kana a'liman hakima.
Soalan susah : wakana zalika a'lallahi yasiira.
Check jwapan : innallaha bikulli shaiin a'liima.
Hantar : wakafa billahi waliyyan wakafa billahi yasira..

SELAMAT BERAMAL ^^
semoga dipermudahkan

Tuesday, 26 March 2013

Alhamdulillah.

As Salam..

Tujuan aku mencoretkan kisah hidupku kali ini bukanlah untuk mengadu melainkan ingin berkongsi kegembiraan yang tidak terkata didalam hati ini.. syukur Alhamdulillah, berkat kesabaran dan pertolongan Allah SWT, sahabat yang dulunya menjauh dari aku kini menegur aku semula..
     Ya Rabb.. aku bersyukur dilahirkan sebagai islam dan bertuhankan Engkau.. sesungguhnya aku hamba yang kerdil di atas muka bumi Mu ini Ya Rabb.. namun Kau masih memakbulkan doa hambaMu yang hina ini..
     Subhanallah Ya Rabb.. sungguh aku malu dengan diriku sendiri, meminta bermacam-macam sedangkan suruhanMu cuma sedikit yang aku kerjakan..
     Subhanallah.. hatiku terlalu gembira tidak terkira ya Rabb.. subhanallah..
sahabat yang satu ketika dulu aku menangis kerana kejauhan mereka yang tiba-tiba, sekarang aku tersenyum tidak berhenti kerana mereka kembali kepada ku.. Ya Allah.. terima kasih memakbulkan doa ku.. subhanallah..
     Kadet polis yang sudah berkali-kali melukakan hatiku kerana ketidak adilan pemimpinnya, sekarang membuat aku tidak tidur malam kerana terlalu gembira masih mengikuti kadet polis di sekolah ku..
     Subhanallah..
hebatnya Allah.. berkat kesabaran yang aku tanam dalam diri, akhirnya membuahkan hasil yang bahagia..
     Subhanallah..
hebatnya Allah.. suatu ketika dulu aku diuji dan aku menangis, tapi berkat kesabaran itu.. kini aku tersenyum tidak berhenti.. subhanallah..
     perkara ini buat aku yakin untuk tidak berputus asa bersabar dengan segala ujian yang di beri.. kerana di akhir kesabaran itu akan ada kebahagian untuk kita.. subhanallah.. Shukran Ya Rabb..

-Wasalam-

Sunday, 3 March 2013

Jauh

Salam

     sekarang ni, aku semakin dijauhi.. aku tak tahu kenapa, tapi yang pasti mereka tidak lagi seperti sahabat yang aku kenal satu masa yang dulu.. NA, AS, AFN, MF, MA, MA, EF... dan yang buat aku sedih sangat.. NFS... korang!! apa yang aku dah buat kat korang ni? sampai korang menjauhkan diri dari aku...
     kalau aku ada buat salah kenapa korang tak tegur? kenapa korang biarkan?? tegurlah.. bukannya ak marah pun...
     kepada AS... aku minta maaf bro, kalau aku dah skitkan hatikau... ataupun kau bingung dengan layanan aku tu? kau ingat aku suka kat kau ke? Ya Allah... aku tak pernah ada perasaan macam tu dekat kawan-kawan aku.... aku sayang korang semua sebagai sahabat yang dah banyak buat aku tersenyum... dan tak ada yang lebih dari itu... kalau sebab aku banyak sangat tanya khabar tu, itu sebab aku nak tahu khabar korang sebagai sahabat aku.. itu ja... salah ke? :( sampai hati korang....
     perlukah aku menghindar juga setiap kali berjumpa dengan kamu semua? sebab bila aku senyum kat korang.. korang balas dengan wajah yang muram... apa yang aku dah buat... apa??? tolonglah jangan buat macam ni.. aku nak belajar pun tak senang tahu tak? aku tak akan tenteram kalau kamu semua mendiamkan diri dari aku tanpa sebarang alasan... please.. jangan turunkan semangat aku yang sememangnya dah ranap dan hancur ni... please.
    kalau bertul aku ada buat salah tolonglah tegur.. aku tak suka kalau korang menjauh macam ni.. menjauh, dan buat macam aku langsung tak wujud...

itu jer..

wasalam..