Sunday, 20 January 2013

Hari pertama di sekolah 2013

Salam..

Derap langkah kakiku, ku atur kemas.. tidak ingin melakukan kesilapan walau sedikit pun di hari pertama ini. biarpun raut wajahku selamba, di hati berdebar-debar bagai gunung berapi yang tidak sabar-sabar ingin meletus. tika ini, aku meresa kelainan pada tahun 2013 . jika tahun sebelumnya aku pasti melemparkan senyuman manis buat ketiga-tiga sahabatku terlebih dahulu, namun tahun ini.. aku melemparkan senyuman kepada insan yang baru aku kenal sebagai kawan.

Aku kekok menghadapi hari pertama ini.. tapi aku kuatkan juga semangat, kerana misiku untuk tahun ini sangat besar- menduduki SPM. berdebar jantungku setiap kali menyebut 'SPM' atau di utarakan soalan tentang SPM.

Tika pertama kali menginjakkan kaki ke dalam kelas, terimbau kenangan ketika ketiga-tiga sahabatku masih berada di sisiku. kami terpaksa berpisah sekolah walaupun masih dalam satu negeri.

Nur 'Izzah Madihah- seorang sahabat yang banyak membuat aku tersenyum dan ketawa.
Nur Fatin Syahidah- seorang teman yang memberi aku sejuta rasa sedih, marah, geli hati dan gembira.
Abdul Fatan Nadhir- seorang rakan yang tidak pernah berputus asa memberi aku kata semangat.

Saat tuan pengetua berucap di hadapan, aku berkhayal menemui ketiga-tiga sahabat terbaik dalam hidupku. mereka tidak pernah menikam aku dari belakang. mereka sememangnya shabat yang setia.

Aku membawa beg dan buku teks tahun lepas yang aku belum pulangkan ke kelas aku di tingkat tiga. semasa di kelas, kerjaku hanya mencatit nota yang cikgu  buat. masa rehat aku ke bilik buku teks tanpa membawa buku-buku tahun lepas yang aku belum pulangkan. niatnya memang ingin pulangkan tapi, aku ingin memastikan terlebih dahulu, cikgu bertugas ada di sana. ketika aku sampai, terkejut bukan kepalang melihat barisan mereka yang ingin memulangkan buku, ada juga yang ingin mengambil buku. aku tidak jadi mengembalikan buku-buku yang sememangnya berat itu, hari itu.

aku balik dengan beg berat seperti pagi tadi, aku berjalan kaki menuju ke stesen bas sapu dari sekolah. sekolahku dekat dengan bandar, jadi senang balik tanpa menyusahkan ibuku untuk menjemput dan mengahantar aku ke sekolah. aku berjalan dengan penuh sabar walaupun ketika itu, perutku tidak berisi apa-apa dari pagi tadi.

semasa berjalan, macam-macam yang aku fikirkan termasuk matlamat aku tahun ini. sekarang aku sudah menjalankan tanggungjawab aku sebagai pelajar sekaligus tanggungjawab seorang anak di rumah. untuk membalas jasa orang tuaku, tahun ini aku perlu berlajar bersungguh-sungguh demi untuk mendapatkan ilmu. Amin...

-Wasalam-

No comments:

Post a Comment