Sunday, 20 January 2013

Kehilangan

Salam..

sudah hampir sebulan aku berada di sekolah dan menjalani hari-hariku sebagai seorang pelajar. kini baru aku  terasa kehilangan sahabat terbaikku Fatan Nadhir. kalau dulu dia selalu memberiku semangat untuk menuntuk ilmu, kini tidak lagi..

sabtu yang lepas aku ke sekolah asrama penuh sains tempat seorang lagi sahabat terbaikku menuntut ilmu. betapa aku rindu ingin berjumpa dengannya, dan hari itu aku dapat juga melepaskan kerinduan itu walaupun cuma sekejap.

semasa hari merentas desa jumaat lalu, aku terasa kehilangan kedua-dua sahabat terbaikku. Madi dan Fatan.. jika tahun-tahun sebelumnya kami bakal lari bersama-sama. tapi tahun ini aku lari berseorangan cuma seorang tanpa ditemani sahabat terbaikku.

Fatin juga tidak dapat menemani aku kerana sakitnya yang semakin hari semakin kambuh. asmanya datang lagi tapi masih mahu hadir ke sekolah. selama ini aku tidak b\pernah rasa kehilangan kerana keluarga \ku masih utuh dan sahabatku pula masih sentiasa di sisi.

aku tidak biasa dengan kehilangan jadi ketika aku menhadapinya aku merasa ia terlalu sukar. namun bila aku fikir-fikirkan kembali. ada ramai lagi tidak punya keluarga sempurna dan sahabat baik seperti yang aku punya. aku memotivasikan diri ku sendiri.

lama-kelamaan aku insaf dengan ketentuan illahi..

Wasalam

No comments:

Post a Comment