Aku pernah galak bercerita mengenai dia
Seorang sahabat yang dulu pernah menjadi sebab aku keluar dari gaung kemurungan
Aku hampir jatuh terlutut dan berputus asa,
tapi anehnya, dia seakan-akan kurniaan Tuhan kepada aku untuk terus berpaut pada apa-apa dan kembali naik dari terus jatuh.
Kisahnya, tidak logik. tidak terfikirpun dek akal.
tapi itulah yang aku rasa. itulah yang aku hadap.
dan aku sedar, ketika semuanya sudah terlambat.
dan ketika semuanya terlambatlah, dia seakan-akan menjadi inspirasi kepada aku untuk menulis
aku galak bercerita mengenai dia.
dari dulu, sehinggalah sekarang.
Aku pernah mengalami satu masa gawat, iaitu aku terjebak dengan kemurungan
luarannya aku okay, tapi dalam aku porak peranda.
aku gila. aku rasa menjadi orang bukan aku.
Aku senyum, tapi selepas keluhan yang panjang.
Aku ketawa, kemudian menangis sendiri di dalam tandas?
Kadang aku jadi orang tak betul, moody sendiri,
tak mahu layan orang.
Aku jarang ke sekolah.
Aku mengabai diri aku.
Sampai satu tahap, aku fikir untuk mati.
Aku fikir betapa bagusnya kalau aku lupa ingatan dan tak ingat apa-apa
Betapa bagusnya ketika itu aku melintas jalan dan dilanggar kereta.
Iman aku ketika itu senipis kulit bawang, yang bila-bila masa saja boleh koyak.
Aku siksa diri sendiri, terperap di bilik. Malam berjaga. siang tidur.
Orang tak tahu, sebab aku hidup normal depan orang.
dan dorang tak tahu.
Aku tak ingat berapa kali aku pernah berselisih dengan Dia.
pertama kali, bila satu hari tu aku mintak excuse dekat cikgu untuk ke tandas.
Aku menangis puas-puas , sebab aku tak tahu apa yang aku rasa time tu. Aku tak tahu kenapa aku menangis. Aku tak tahu kenapa aku rasa macam tu.
Keluar dari tandas, aku berselisih dengan Dia.
Aku.....
Luas biasa.
Aku rasa luar biasa tenang. Masa kami berselisih tu, aku tunduk. tak tengok pun dia. aku takut dia nampak mata sembab aku.
Aku takut dia perasan. Kami berselisih. dan aku tak tahu luar biasanya, aku lega.
Dia lalu saja pun tepi aku, tapi aku rasa macam dia ambil semua aura negatif aku dan bagi aura positif dia kat aku.
Aku pelik. mula-mula aku ingat kebetulan ja tu.
Aku tak tahu. kenapa tiba-tiba aku lega bila berselisih dengan dia.
padahal kami berselisih ja.
Aku tak faham.
Dan, bila aku sedar. selepas kejadian sama berulang.
Setiap kali aku down, bila kebetulan time tu aku berselisih dengan dia terus aku rasa rasa sedih tu hilang.
Terus aku rasa rasa nak mati tu hilang.
Aku tenang, aku lega.
Lucu. dan aku sedar sebab benda tulah aku keluar dari kepompong murung aku.
Bila aku sedar dia adalah kiriman Allah untuk tarik aku walaupun tanpa dia sedar,
walaupun tanpa aku sendiri sedar.
Aku mula rasa sesuatu dekat dia.
Kawan aku sendiri.
tapi aku lambat sedar
aku lambat mengaku.
Dia mula hidup dia dengan orang yang dah lama dia tunggu.
Orang yang memang padan dengan dia.
Dan aku hanya mampu bersyukur sebab cukuplah dia menjadi orang yang menarik aku keluar dari kemurungan aku dengan izin Allah. aku tak mahu lebih-lebih.
Aku teruskan hidup. dan aku berjaya hidup.
Tapi cerita tu, tak habis dekat situ. Aku kembali tergelincir dengan situasi kemurungan masa form6.
Aku gila. Aku aneh sendiri.
dan dia?
lagi sekali.
Aku rasa benda yang dah lama aku tak rasa.
Aku pelik, kenapa dia?
kenapa masih dia?
padahal kami berselisih ja.
kenapa aku rasa macam dia tarik semua rasa down aku dan bagi aku aura positif dia?
kenapa dia?
Aku sedar tu, dan aku layan dia baik-baik. sebab dia tu penyumbang utama aku keluar dari kemurungan
Aku juga sedar, sebab dia masih hidup dengan hidup dia.
aku simpan rasa sorang-sorang.
Selepas berapa tahun. 4 tahun kot. Sekarang ni aku dah ada kat U untuk semester 6.
Lepas pelbagai macam orang keluar masuk hidup aku.
Aku tak faham. kenapa masih dia?
Kenapa aku masih ada rasa untuk dia?
Aneh! Dia adalah sebab utama aku menulis.
Dia ilham pertama aku menulis dua tahun dulu.
Dan selepas berapa lama dia tidak menjadi ilham aku.
Lately, dia kembali jadi sebab aku menulis.
Aneh? Berantakan? atau Magis?
entah! Dan seperti 6 tahun dulu, masa mula-mula aku sedar dia yang tarik kemurungan aku,
Sekarang ni, aku sedar lagi. dan terlambat.
Dia masih dengan hidup dia.
Dan dia akan menjalani hidup baru dia dengan keluarga baru dia.
Dan aku masih macam ni, duduk diam-diam. Simpan rasa sorang-sorang.
Pelik. dan aku harap, dia bukanlah orang yang selama ni aku tunggu
Aku harap, dia bukanlah jodoh yang dah tercatat untuk aku di loh mahfuz.
Sebab aku dah buang rasa ni jauh-jauh.
Dan dia pun dah nak mulakan hidup baru
Aku cuma harap, dia akan terus jadi kawan aku sampai bila-bila.
Aku harap. Dia bahagia.
Dan aku boleh hilangkan rasa ni, macam dulu.
#Masihdia
No comments:
Post a Comment