ORIGAMI 3D MALAYSIA
![]() |
Origami 3d - Natsu Dragneel, Roronoa Zoro, Monkey D Luffy, Batman, Wonder Women, Flash. |
Hai gaiss, jom follow Nohagami di IG dan FB untuk origami yang menarik dan rare
😍
😍. Sebelum tu, nak share sikit pasal latarbelakang origami ni..


![]() |
Facebook - Nohagami |
![]() |
Instagram - Nohagami |
Bagi yang tidak tahu. Origami 3d adalah salah satu seni yang dibuat daripada lipatan lipatan kertas kecil untuk membentuk satu objek.
Orang-orang lama mesti tahu buat kraf ni kan.
Di jepun atau di mana-mana negara mereka menggelar seni kertas ini sebagai Origami yang diambil perkataan jepun ORI bermaksud LIPAT.. manakala GAMI/KAMI bermaksud KERTAS.
![]() |
Basket Fruit Origami 3D |
Orang kita pun tahu seni ni.. Tapi tak semua gelar Origami. Sesetengah gelar Kraftangan, sesetengah lagi gelar seni melipat kertas dan banyak lagi.
Kreativiti seni ini dipercayai dimulai dari negara Jepun, dan tersebar luas ke seluruh negara termasuk Malaysia.
Mesti kalau tanya nenek-nenek atau atuk-atuk pasal origami ni, mesti dorang tahu. Tapi mungkin juga dorang tak faham origami tu apa, tapi kalau di tunjukkan origaminya mesti dorang tahu. Paling tidak pun mesti dorang pernah nampak seni ni. Hehehe
😋
😋


![]() |
Turtle Origami 3D |
Dan cerita bermulanya Nohagami ni.....
Aku start buat Origami dulu masa darjah. Tak ingat umur berapa tapi yang penting time darjah sebab ada dalam kelas seni. Origami yang aku belajar dulu takat lipat sehelai kertas kemudian membentuk objek. Aku gelar itu Origami Asas.
Origami 3D pulak aku belajar start umur 18, baru-baru ja.. Tu pun guru aku adalah cik google dengan encik utube. Jadi aktif ni bila ada sorang kawan ni rungsing fikir macam mana nak cari hadiah untuk sorang kawan lagi Bila fikir-fikir balik. Aku start mengaktifkan diri balik rajin melipat sebab dorang. Dan dorongan orang sekeliling yang rajin betul menolong melipat buat aku lagi eksaited nak buat dan buat.
😌
😌


Dan yepp... Tidak boleh tinggal orang yang bagi nasihat suruh bukak business NOHAGAMI ni Dena. Dan orang yang menjadi tulang belakang, redha teman aku melipat Teha.
kalau taktau lagi apatu origami 3d.. Hah, sila lah tekan2 cik google atau encik utube. Takpun terus follow ja Nohagami dekat Fb n ig. Senang cerita.. Semuanya di hujung jadi sekarang ni.
😉
😉


Sekian.
No comments:
Post a Comment