Thursday 21 February 2013

Prank!!!

Salam..

     sekarang ini, setiap kali aku buka FB, jika bosan aku akan ber 'chatting' dgn Faiz, bekas classmate aku dulu.. Alhamdulillah bila aku berhubung dengan sahabat-sahabat aku dulu macam si Faiz, Mai, Mizah.. dan ramai lagi. aku rasa stress aku hilang.. aku beruntung sangat dapat kawan yang tidak pernah melupkan aku walaupun kami berjauhan..
     teringin rasanya hati ini menggembirakan mereka setiap masa.. dan aku?
walaupunn aku sedang sedih, tapi bila tengok sahabat aku sedang bergembira, kesedihan aku mesti berkurangan.. :)
     ohya lupa pula aku

>PRANK<
.. hari tukan.. lamalah sudah ni, time.. 4.2.2013 awal bulan ni, aku ada buat prank tahu, untuk kawan aku , Syamil namanya.. mahu tahu? sepanjang berkenalan dengan dia, belum pernah aku tengok dia marah tahu,, happy ja memanjang..
     so... time birthday dia 4.2 tu, aku dengan Ayap, Faiz, Edzan, Acap dan beberapa orang yang lain merancang ingin mengenakan dia.. macam ni ceritanya.. untuk membuat dia stay back kat sekolah, aku pun cakaplah yang hari tu ada latihan hoki.. pengerusi hoki pun bersubahat sama dgn aku..
    yang menjalankan lagi rancangan ni bila pengerusi sendiri iaitu, Shairazi bagitahu Syamil yg petang tu ada latihan.. Syamil apa lagi, percaya bulat2lah.. hahha lepas tu rancangan pun diatur..
1-lepas balik sekolah tu aku tunggu edzan untuk pergi beli kek dan air kat bandar.. nasib baik sekolah kami ni dekat dengan bandar, senanglah sikit.
2- sementara tu, Faiz akan ikut syamil pergi mana saja dia pergi, yang penting jgn bawa syamil pergi kantin sebab dekat situlah tempat kami kenakan dia hahah..
3- Ayap pula adalah pelakon utama, dia belakonlah konon2nya dia ni kena belasah.. dan dia akan tunggu kat kantin.
4- lepas aku dan edzan siap beli kek, kami akan berpecah, edzan pergi koperasi di mana syamil dan faiz berada dan aku simpan kek dan air di kantin sekaligus bagitahu ayap yang aku mahu panggil dorang sekarang..
5-aku kononnya bergegas pergi koperasilah ni, sebab nampak ayap kena belasah.. time di pertengahan jalan tu juga aku terserempak dengan geng-geng yang terlibat dalam prank ni.. si Faiz, Edzan acap dan seorang budak sesat, ridwan dia ni bukan kawan aku pun.. yang ni aku tak jangkakan langsung akan berlaku..
6- nampak ja dorang aku terus p kat syamil dengan yang lainlah.. dengan muka cemas gila, lepas tu aku cakap
"weh! ayap!!!!" then aku tolak syamil ke arah kantin. time tu juga syamil pecut, dia lari dari koperasi sampai ke kantin macam jet pejuang tahu, aku pun semput kejar dia.. laju gila..

time tulah aku tahu, betapa syamil sayangkan sahabat dia, walaupun aku tak pernah nampak dia marah.. hebatkan syamil?

pas sampai kat kantin, aku buat muka pura2 marah kat dia.. aku cakap macam ni
"tulah kau, gara2 kau, ayap kena tumbuk!" ceh marahlah sangat kan.. kamu mahu tahu apa riaksi dia? selamba je..

tadi time aku buat muka cemas bukan mainlagi dia lagi laju.. sekali dah sampai kat kantin bila tgk ayap okey2 ja, trus muka dia jdi selamba.. tapi.. dia belum tahu lagi kami bakal kenakan dia.. masa dia dengan ridwan tadi bincang pasal org yg tumbuk ayap ni kan, drng sagt2 yakin ayap kena tumbuk.. hahaha, time tu juga edzan signal kat aku... dia cakap..

"tepung" separuh berbisik.. time tu kami berdiri kat belakang syamil, jdi dia tidak perasanlah.. lepas tukan, aku buat2lah marah sampai tahap tak tahan tengok muka syamil, time tulah aku pergi ambil tepung, dan tanpa syamil sedar... jeng3..

aku panggil dia dulu "syamil" dan dengan selambanya aku melontar tepung kemukanya.. alamak!!!
   mata dia kena.. kamu mahu tahu? time tu juga aku salute kat syamil.. mata dia kena tepung tu, gila banyak, dan dia masih boleh tahan?? Ya Allah.. hebatnya dia kan?? tapi aku sangat2 rasa bersalah sebab baling tepung tu tepat2 kat mata dia..

    Kepada SYAMIL -sorry bro, bukan niat aku nak buat mata kau merah.. hihi
lepas cuci mata dia kan, smpt lgi dia merajuk mahu pulang, lepas tu, dia duduklah kat kerusi tu, sambil tengok edzan bukak kotak kek, wow.. sedapnya kek tu.. yummm2..

masa tu juga dia tanya "bila lagi kamu rancang semua ni??"
 aku jawab "sejak kami cakap 'perjumpaan hoki'" time tu juga dia memalingkan muka menahan geram
hahah.. Syamil dah kena.. :) apa2 pun.. aku bersyukur mempunyai kawan sebaik mereka kecuali yang ridwan tu ok? dia tu sesat ja dalam rancangan ni, dia langsung xada kena mengena..
                    sekian wasalam

Wednesday 20 February 2013

1,2,3 Jujur

Jika di tanya tentang sahabaku..
aku menjawab.. tengok lah video ni..

Kadet polis-perjumpaan pertama

Salam..

    hari ini aku menghadiri perjumpaan kedet polis yang pertama di sekolah.. Kekecawaan yang teramat sangat aku rasakan untuk yang ke dua kalinya dalam kadet ini.. biarpun banyak kali di kecewakan, aku sendiri bingung kenapa aku masih tetap bertahan dalam kedet polis.. polis sudah sebati dalam diri aku, aku terlalu meminati kawad sehingga aku masih ingat sampai sekarang.
     Inilah akibatnya jika orang yang belum lama mengenali kedet polis menjadi komander, pengerusi.. timblan pengerusi.. pendek kata, yang memegang jawatan tersebut, orang yang kurang berminat dengan polis..
     Bukan aku ingin kata bahawa aku yang paling baik sebab aku orang lama dalam polis.. sama sekali tidak, tapi.. aku sangat kecewalah! aku hormat pengerusi yang dulunya sahabat baik aku, dan aku hormat komander yang setahun lebih muda daripada aku.. dan aku hormat penasihatnya yang sama lamanya dengan aku dalam kadet polis, tidak di nafikan mereka sememangnya hebat dalam kawad tapi..
     Aku begitu kecewa sehingga aku ingin menitiskan air mata yang ke tiga untuk kadet polis. tiga kali aku di kecewakan dengan kadet polis dan ketiga-tiga aku hampir menitiskan air mata..
     Kepada Syamil... kenapalah kau tiada masa perjumpaan tadi, kalau tidak kau mesti sokong dengan pemahaman aku kan? kita sama-sama lama dalam polis, dan kau pun hebat dalam kawad. tapi kenapalah kau tiada tadi! kecawa aku tahu!
     Kepada Fatan.. apasalah kau pindah pergi PKBM Darat tuuu.. hah kan aku dah kecewa balik, sudahlah sekarang ni 'sahabat lama' aku tu endah tak endah saja dengan aku, sekarang ni aku sorang ja kat polis tahu! tak ada kawan, tak ada yang sokong pun apa yang aku cakap.. komand dia salah, dan tak ada seoranf pun yang mahu betulkan kecuali aku? dahlah aku perempuan, dia lelaki manalah dia mahu dengar cakap aku, jatuh air muka dia.
     dia siap suh aku search kat internet lagi pasal komand tu semua, tak percaya betullah, bila kadet polis sekarang di pimpin oleh orang yang tidak mendengar pendapat orang lain, bagi dia, pendapat dia sajalah yang betull.. entahlah yang penting aku kecewa tahap mahu tukar unit beruniform...
     kecewa sangat...
apa-apa pun, aku harap sangat komander, pengerusi dan penasihat kadet polis tak marah sebab aku tanya banyak-banyak masa kawad kaki tadi.. harap sangat tak ada yang pandang serong dekat aku sebab tanya benda yang orang baru tak tahu masa perjumpaan pertama.. :( harap sangat.. fatan ngan Syamil masuk balik kadet polis.. tak adalah aku rasa stress time latihan.. harap sangat kadet polis tahun lebih bagus daripada yang tahun lepas.. harap sangat pengerusi tahun ni tegas orangnya..
     aku tak mahu kecewa lagi.. kadet polis jiwa aku..
     Kawad kaki sudah sebati dalam diri aku.. aku tak sanggup berpisah dengannya... :(