Tuesday 5 June 2018

Lelaki Psycho

HARI ini dia meroyan lagi. Aku boleh agak dari mana sumber riuh itu datang. Penumbuk aku kepal menahan geram, mata aku pejam kejap kemudian keluhan yang teramat kasar dan panjang aku luahkan. Perlahan-lahan aku capai tombol pintu , teragak-agak untuk keluar.

Manusia yang satu ini benar-benar menguji kesabaran yang aku simpan dalam-dalam. Aku tidak tahu bagaimana awalnya aku boleh menerima orang semacam dia. Mungkin kerana aku terlalu cepat percaya akan cerita yang entah betul entahkan tidak mengenai dia yang ditinggalkan oleh kekasihnya kerana curang.

Padahal mungkin juga dia yang terlalu gila sehingga kekasih lamanya itu berbuat keputusan sebegitu. Atau mungkin juga menerima seorang lelaki seperti dia adalah kifarah atas apa yang pernah aku lakukan sebelum ni. Entah. Aku tidak tahu.

Hari ini dia telah melampau batas sehingga sanggup naik ke tingkat asrama perempuan. Aku tidak tahu di mana dia meletakkan malu nya sehingga ke tahap dia tidak lagi sedar yang dia sedang melakukan perkara yang memalukan pada pandangan public. Aku malu. Tersangat.

"Aishhh!!" Suara itu menjerit-jerit lagi.

"Kau ni dah kenapa, gila kah? Tahu ni kawasan perempuan?" Satu suara tegas sedang menyahut kepada jeritan tersebut.

"Aku mau jumpa Aishh, kau suruh dia keluar! Aishh!! Aishh! keluarr! Kalau tak aku bunuh diri ni di sini..!!" Sekali lagi lelaki itu menjerit tidak tentu hala. Aku mengeluh, entah untuk yang keberapa kalinya.

"Bunuh diri? Bunuh lah, cuba! Aku mahu tengok!" Sekali lagi suara perempuan itu berkeras menjawab si lelaki.

Aku melangkah keluar rumah. Aku lihat dia cuba memanjat balkoni, tapi kembali turun ke lantai, mungkin masih menyayangi nyawanya. Tanpa aku sedar, aku tersengih sinis. 'Bodoh!'.

"Sudah!" Sahutku kepada mereka sambil mendekati.

"Aish.." Lelaki itu memanggil lembut. Aku menjeling. 'Aik? Hilang jerit royan kau tadi? Dasar!' Hatiku mengumam.

"Turun lah! Jangan malukan orang dekat sini boleh kah?" Aku menegur dia sedikit kasar bergaul perasaan malu.

"Kenapa tak angkat call? Banyak kali orang call dia, henfon mana?" Soal lelaki itu.

Aku memandang dia dengan tajam. "Turun.. jangan buat malu dekat sini." Halauku sekali lagi.

"Jom ja-......"

"Kalau kamu mahu berbincang, bincang bawah. jangan dekat sini. ni kawasan perempuan. hormat sikit penghuni penghuni dekat sini." Tegur Kiki. Dia yang berperang mulut dengan lelaki itu dari sebelum aku melangkah keluar dan menghalau si lelaki.

Aku mengangguk ke arahnya. "Bawah!" Aku ucap sepatah ke arah lelaki itu kemudian menuju ke ruangan menunggu lif untuk ke tingkat bawah. Dia menurut tanpa banyak cakap. Mungkin sudah reda royannya kerana aku muncul akhirnya.

Arghh! Gila. Entah aku ingin gelar dia ini sebagai apa. Kalah drama TV3 setiap jam 7 petang tu. Kaki drama. orang gila. atau, lelaki psycho seperti yang di uar-uar kan oleh kawan kawan aku?

-Flashback-

Aku berbaring santai di katil ketika itu sambil meronda-ronda sekitar media social instagram kemudian facebook kemudian ke twitter pulak.

"Aishhh!!" Ana, penghuni katil bawah aku menjerit tiba-tiba. Aku jengukkan kepala tanda menjawab panggilannya.
"Kau tengok ni! Giiilaaaaaaaa!" Ana menyuakan telefonnya ke arah ku. Sedikit keanehan melihat dia begitu excited entah sebab apa.

Aku mula membaca. Ermm. Website bertajuk 'Teman lelaki anda seorang psycho? lihat ciri-ciri ini.' Aku hampir tergelak. Aku memandang Ana di bawah katilku. wajahnya begitu serius. Aku menelan air liur. Mata kembali aku halakan ke skrin telefonnya.
Ciri - ciri pertama. 'cemburu buta.' aku membaca menerangan sehingga habis. Dalam tidak sedar aku menahan pernafasanku. Seakan tersekat. Ya, 'lelaki itu' juga kuat cemburu buta.

Aku masih ingat ketika aku menjadi perhatian beberapa orang budak lelaki dari jauh. Saat saja dia terperasankan pandangan mereka terhadap aku. Cepat saja dia berdiri dan menghampiri mereka. Menegur dan berbual. Kemudian kembali kepada aku. Apabila aku tanyakan kepadanya apa yang dia bualkan dengan budak budak tersebut. Dia menjawab.

'Orang tanya dorang.. Suka Aish atau tak. Then dorang geleng-geleng. Yalah tadi bukan main lagi tengok Aish macam berminat.'

Sebaik mendengar kata-katanya, aku tidak dapat menahan riak wajah. Aku tersenyum sumbing. Kemudian buat-buat ketawa, walhal dalam hati bermacam perkara aku carutkan. 'Gilaaa!'

"Privasi invader" aku bercakap sendiri. Jari yang tadi aktif menskroll skrin telefon tersebut terkaku tidak bergerak. Ciri kedua ini memang berlaku kepada aku. Setiap kali kami berjumpa, pasti dia tidak akan lupa untuk meminta telefon aku. Entah apa yang dilihatnya, aku pun tidak tahu.

Selain itu, kesemua password laman social aku, dia tahu. Dia boleh mengakses aplikasi whatsapp aku melalui whatsapp web. Kesemua orang yang rapat dengan aku dia tahu nombor telefon, instagram. Bahkan FB mereka.

Mata aku alihkan kepada Ana. Cepat saja dia mengalihkan pandangan kemudian berkata. "Baca sampai habis..." kemudian dia berbaring di katilnya sambil melayan drama

Aku menurut. Kembali membaca. Ciri ke tiga. 'pemanipulasi keadaan'. Aku seakan ingin menjerit 'Betull!' selepas saja aku habis membaca penerangan. Ya, kami sering bergaduh. Dan anehnya, setiap kali dia memujuk pasti pada akhirnya aku yang berasa serba salah kemudian mengalah.

Keempat. Gaduh di public. Ya, dia tak kisah kalau dia menghuru harakan keadaan di public. Yang penting apa yang dia mahu, dia dapat. Kami pernah bergaduh di depan orang ramai. Banyak kali. Sekali tu, ketika aku sudah penat dengan semua drama yang dia pamerkan, aku ingin beransur naik ke hostel. Tapi apa yang dia buat ketika itu benar-benar diluar kawalan. Dia baring, dia hadapan aku. Di lantai. Di depan banyak orang. Gila. "Gila" aku terluahkan tanpa sedar.

"Aku dah kata..." Ana menyahut dari bawah.

Kelima. Ugut. Ini sering berlaku. Terutama apabila aku tidak ingin berjumpa dengannya. Pasti dia akan mengugut macam-macam. Seperti, ingin naik ke asrama perempuan. Ingin naik ke pentas ketika aku sedang menghadiri talk. Baring di lantai. Tak mahu makan minum. Bermacam ugutan agar aku sentiasa menurut. Dan aku selalu mengalah.

Keenam. Soal dan terus menyoal. Ya, dia sering menyoal aku dari A sampailah ke Z. Setiap gerak geri aku kena hantar laporan. Umpama hidup aku ini adalah miliknya dan bukan punya aku. Aku tidak kisah. Cuma, kadang dia yang terlebih riak jika aku melakukan sesuatu diluar kesukaannya.

Ketujuh. Mangsa keadaan. Penerangan yang aku baca menyebabkan aku mencari dinding untuk menyandar. Bukan lemah. Cuma tidak tahu ingin percaya akan kenyataan konyol blog ini atau abaikan. Awal pengenalan kami dia bercerita mengenai kisah lalunya, yang ditinggalkan kekasihnya kerana curang dengan orang lain. Aku percaya. Aku kesian. Dan hatiku cuba meletakkan diri kedalam kasutnya. Ketika itu, aku berasa aku tidak ingin mengecewakan dia, tidak patut. Mungkin di situ mulanya aku terjebak dengan 'lelaki itu'.

Terakhir. Terlalu menyayangi. Ya. Aku tahu dia terlalu sayangkan aku sehingga dia memerangkapku di dalam sangkar buatannya. Tidak ada siapa boleh memberi aku makan kecuali dia. Tidak ada sesiapa boleh melihat aku kecuali dia. Melakukan apa saja asalkan aku masih bersama dia. Mengugut bermacam-macam agar aku masih memilih dia.

Tanpa sedar, aku mengeluh kasar. Aku mengembalikan telefon tersebut kepada Ana.

"semua ciri-ciri ada kat dia kan??!" Ana menyoal penuh semangat. Aku hanya tersengih bodoh. Tidak ingin membalas. Tidak tahu ingin berkata apa..

-end flashback-

Entah kenapa aku terfikir kembali ciri-ciri yang aku terbaca hari itu. Aku keliru. Semua ciri-ciri teman lelaki psycho itu ada padanya. Jadi apa perlu aku buat? Aku memandang dia yang berada di sebelahku. Psycho? Lunatic? Gila? Atau sayang?

Aku harap boleh keluar dari cengkaman lelaki ini satu hari nanti. Benar-benar menguji hati. Menguji otak. Sikit haribulan aku pun mungkin gila seperti dia. Terlalu banyak drama. Hebat rekayasa. Rasanya boleh jadi pemenang anugerah lakonan. Kalau di angkat dia menjadi si tukang sandiwara, aku jamin 100%, pegang semua watak boleh laku sampai bolly holly wood..

Hari ini saja dia meroyan lagi. Gara-gara aku tidak mahu berjumpa. Hari ini, entah untuk yang keberapa kali. Tapi hari ini dia melebihi batas sehingga sanggup naik ke asrama perempuan. Aku geram. Sehingga dinding aku tumbuk entah berapa kali. Sehingga gigi aku kentam kejap. Sehingga tubuhku menggigil dek menahan geram dan marah.

Aku malu. Ya. Malu. Kalau sebelum ini dia akan berlari melintasi aku sebelum aku sempat masuk kedalam lif kemudian dengan selamba dia berbaring di dalamnya untuk menghalang aku naik. Hari ini dia memalukan aku dengan meroyan di blok perempuan.

Kalau hari-hari sebelum ini dia dengan sabar menunggu di bawah kemudian menyuruh sesiapa saja perempuan yang dia jumpa di bawah untuk mencari aku di bilik. Hari ini dia sendiri naik ke blok perempuan kemudian dengan suara jantannya dia menjerit-jerit memanggil aku.

Aku memejamkan mata. Menarik nafas dalam - dalam sambil menggenggam penumbuk. Hatiku. Ya, hatiku sedang merintih. 'Aku harap. Aku boleh terlepas dan lari dari dia. Aku harap. Dia tidak lagi menganggu dan memporak perandakan perjalanan hidup aku. Aku harap semuanya tamat disini hari ini.'

Dan seperti hari hari lain. Mungkin kami bergaduh lagi hari ini.

-END-