Thursday 11 February 2016

Mencintai ciptaan Allah

Aku tidak akan lupakan suasana itu.

Bintang yang bertaburan di dada langit kelihatan jelas pada pandangan mata ini. Seakan-akan tangan ini dapat mencapai cahaya yang berkerlipan.

Deruan ombak yang tidak sudah-sudah datang menghempas pantai menjadi melodi harian. Tenang memandang laut yang luas itu. Tenang saat ombak mencapai pantai.

Riak muka saat mula-mula aku menjejakkan kaki ke tempat itu adalah. Sunyi. Jauh dari orang ramai. Semak. Flustrated.

Tapi tidak sekarang. Di sana aku ingin cipta kenangan. Di sana aku ingin lakar memori. Aku sematkan pada hati. Tempat itulah yang ingin aku tunjukkan kepada orang yang aku sayang pabila aku temui orangnya nanti. 

Tempat itu jauh dari kesibukan kota. Yang ada hanyalah deruan ombak menghiasi suasana pagi dan malam. Cengkerik kedengaran jelas. Kelip-kelip terbang bebas. Andai saja aku punya kekuatan untuk membersihkan rumput liar yang tumbuh tinggi di belakang dan tepi rumah, pasti sahaja gunung yang berada di belakang akan kelihatan. 

Kali ini, aku hanya dapat melihat gunung itu dari kejauhan, aku hanya dapat lihat puncaknya. Aku dapat lihat berapa tingginya. Suatu hari nanti aku akan ke sana. menawan gunung itu dengan bangga. 

Sungai, waalau tidak sedalam yang disangka. namun aku tetap gembira memandangnya. Airnya mengalir deras. Walau aku berdiri didalamnya, airnya masih tetap jernih. Kesejukannya membuat kaki tidak ingin keluar. Keindahannya membuat mata tidak jenuh memandang.

Subhanallah... Inilah tempat yang akan aku takluki dan tinggal suatu hari nanti. Allah beri keindahan dalam kehidupanku. Nikmatnya menikmati alam yang bisa menjadi penyembuh hati. Laut. Pantai. Ombak. Gunung. Sungai. Bintang. Kelip-kelip. ALAM. Tempat ini. Mengajar aku untuk mencintai. 

Mencintai ciptaan Allah.