Wednesday 13 December 2017

Sisi Teraneh

Aku punya sisi teraneh. sisi yang bahkan aku sendiri tidak mengerti. Sisi yang mungkin bisa membinasakan titik tenang seorang aku. Sisi anehku ini, adalah sisi yang tidak pernah cuba mempertahankan apa-apa yang aku mahu. Sisi ini, adalah sisi yang meng'ia'kan semua perkara walaupun bertentangan dengan hatiku.

          Sisi ini, sisi di mana hatiku terlihat bodoh kerana begitu senang menerima. kemudian begitu senang melupakan sesiapa yang pernah hadir. Sisi bodoh kerana begitu senang menitikkan sebuah masalah yang kelihatan besar di mata orang lain. Walhal bagiku, perkara itu hanya perkara kecil.

          Mungkin kerana aku sudah pernah melalui detik kecewa itu. Dan mungkin juga situasi ini begitu banyak membuat aku berfikir. Tapi semakin aku berfikir. semakin itu aku ingin menyalahkan orang lain. Untuk situasi ini. Ia telah berjaya meninggalkan kesan trauma yang dasyat bagi seorang aku. Aku tidak mungkin dapat menerima sesiapa yang cuba hadir dalam hidup aku lagi selepas ini.

          Aku sudah tidak larat mencari kemudian menyandarkan perasaan yang tidak patut kepada seseorang, kemudian bila tiba saatnya aku harus melepaskan orang itu kerana dia sudah tidak punya rasa itu. Jalan cerita ini sesunggunya pengajaran besar buat hidup aku. Pengajaran yang bakal aku jadikan pedoman untuk tidak lagi membuka pintu ini untuk sesiapa.

          Aku membiarkan orang mencuri sekeping hati ini, kemudian sekeping hati itu juga dikembalikan kepada aku dengan ucapan maaf. Rupanya langkah mendekati aku selama ini adalah kesilapan baginya. Dan ya, sejujurnya aku tidak punya rasa marah itu. aku tidak punya lagi rasa kecewa itu. Memang sedari awal aku hanya menganggap dia sebagai partner aku dan mungkin bukan siapa-siapa yang penting. Atau mungkin memang kerana trauma yang lalu buat aku mengambil keputusan untuk tidak terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.

          Atau mungkin juga, aku tidak sedih kerana situasi kami bukan di labelkan sebagai 'meninggalkan' tetapi ' turun pangkat' . Mungkin juga kenyataan yang aku bisa kembali bersahabat dengan dia membuat kegembiraan aku itu melebihi dari kekecewaan aku? Dan jujur, aku selesa menjadi cuma sekadar kawan. kerana aku sudah tidak punya tanggungjawab yang memerlukan aku cari dia bila hubungan ini kelihatan begitu senyap.

          Kawan, tidak perlu sentiasa berhubung. dan aku selesa dengan situasi begini. Akan tetapi. untuk memudahkan aku menerima sesiapa selepas ini adalah mustahil. Aku mungkin kelihatan rapat dengan semua orang terutama yang berlainan jantina denganku. Tapi untuk aku kembali mencari orang untuk aku letakkan perasaan cinta ini adalah sesuatu yang mustahil.

          Sisi teranehku adalah aku tidak punya apa-apa rasa lagi untuk diluahkan. hanyalah sebuah kata yang membuktikan ini adalah satu pengajaran dasyat dalam hidup aku. Pengajaran yang membangkitkan kembali TRAUMA yang pernah hilang. Aku tidak takut disisih, kerana aku sedar aku hanya watak kecil dalam hidup mereka. Aku tidak kisah memori mengenaiku di hapus dari hidup mereka, kerana aku hanya manusia yang sememangnya tidak layak diingati oleh sesiapa.
Trauma ini bukanlah kelemahan ku. Tapi kekuatan untuk aku terus berjalan lagi walau aku perlu berseorang diri. Trauma ini, biarlah hidup didalam darahku. Kerana hati ini sudah tidak mampu aku beri kepada sesiapa. :)