Tuesday 18 December 2018

Lagi Nostalgi Lama!

Pernah? Sedang kau menjalani hari hari dewasa, acapkali minda disapa nostalgi lama.

Seperti,
ketika kau melalui sudut alatan tulis,
baunya pensil warna menyingkap detik ketika kau di darjah sedang menconteng kertasan mengikut mahumu?

Seperti,
ketika kau melihat anak anak sekolah, ia menjentikkan ingatanmu ke kotak memori lama bersekolahan?

Seperti,
Ketika kau melalui jalan yang serupa seperti kenangan, ditambah dengan bauan petrichor,
dan lecek hujanan.
kemudian layar matamu bergerak seperti projektor saat dipejamkan.
Memutar kembali memori rindu masamu

atau!
Seperti,
saat ligat berkisah, tiba-tiba satu ayat menjadi kunci putaran masamu kembali ke memori itu?
kau tersenyum sumbing seorang, kemudian ditegur karna terputus kisahmu sebentar,
tapi kau malahan ketawa enak,
akibat menginat perkara lucu.

ohh! ohh! atau...
Seperti
ketika kau berasa di dalam bahagia, kemudian kau teringat kembali perasaan yang sama itu pernah kau miliki dulu dan jadinya kau rindu.
Atau ketika kau berada di dalam sedih dan kau mengingat moman aneh dan magis,
aneh kerana hal itu cuma remeh tapi magisnya adalah tiba tiba perasaan konyol yang namanya sedih itu menghilang bagai kabus di perbukitan ketika menjelang siang memori remehnya.

Pernah?
Ya,
Aku pernah. Dulu. Kini. Dan selamanya.

#memori #nostagilama #akukembali #teroleng #dek #waktu

Tuesday 4 December 2018

KAKTUS, KAU ILHAMKU!

Aku tidak pernah tahu bagaimana menyusun kata di kertas kosong
atau di mesin taip atau di komputer riba malahan.
Aku tidak pernah reti mengekspreskan rasa keluar menjadi tinta-tinta tertib
Aku tidak pernah sedar bagaimana akhirnya aku mula menulis penuh ghairah biar tiada judul menjadi kepala.

Ajaibnya, aku terleka menyusun kata sejak aku belajar memendam rahasia hebat hati
rahasia magis yang tidak dapat aku sampaikan ke siapa-siapa bahkan temanku sendiri
hanya pada Penciptaku, sering aku titipkan doa
hanya ketika sujudku, aku memohon hilangnya rasa

Karna rahasia magis itu satu malapetaka di setiap persahabatan
ianya rasa yang sering membolak balikkan ragam jiwa
ianya rasa beban yang tidak pernah hilang sejak mula aku terlajur menghantar hati
Terpaksa aku pegang rasa jiwa untuk entah sudah berapa tahun lamanya,
dengan harapan akan sampai detiknya aku sudah tidak heran akan wujudnya,

Sehingga pada ketika aku melakukan pelanggaran sementara,
aku mulai lupa. aku mulai menghilangkan rasa. aku mulai tidak heran padanya.
Syukurku melebihi segalanya,
tidak punya rasa sedikitpun kecewa pada pelanggaran sementara, 
malahan aku bersyukur girang pada balik hikmanya.
rasa yang dititip bertahun lamanya menghilang. Magis.
rasa yang berdolak aneh ragamannya dibawa pergi sesuai pelanggaran itu.

aku fikir sudah sampai situ, berhentinya rahasia magis jiwaku.
aku fikir sudah sampai situ, aku bisa berlega kerana terhindar malapetaka rawan.
sudah berkali aku bermunajat agar ALLAH mematikan rasa ini
sudah acapkali dan bahkan tidak pernah lupa untuk aku doa agar aku dijauhkan darinya

Tapi kenapa.
masih dia?

Tapi kenapa.
kembali bergetar jiwa-jiwa?

Tapi kenapa.
Hikmah pelanggaran itu serasa cuma sebentar aku rasa?

Begitu lega bila hilang.
tapi sekarang kembali lagi dan malah makin kuat.

Aduh rasaku.
Dia penyebab aku tiba-tiba bisa bermain kata di mana-mana
Dia penyebab mula aku bagai dirasuk ketika menyampai dongengan
Dia ilhamku.

Ilham aku menyusun tinta tertib
Ilham aku menjadi kuat sendiri

Ada satu sabat dekat,
sering menyebut-nyebut doa yang aku sering jauhkan dan bahkan doaku sering bertentangan,
aku ingin jauh dari dia
aku ingin rasa ini hilang dari diriku

tapi sabat mendoa,
sebaliknya.

dia tidak sedar. 
dalam tidak mahuku.
ada rasa yang sudah tergegar

dalam elakku.
ada jiwa yang sudah terdampar.

sejak sekian lama
sejak entah dari tahun bila

aku masih berharap. hilangnya rasa ini
biar dimatikan
karna bagiku, ianya malapetaka dalam persahabatan kami.

biar dihanyutkan
karna bagiku, rasa ini hanya ada pada aku. bukan padanya

karna aku tahu dia, dia tak tahu aku.
umpama kaktus
kalau kau coba mendekat, durinya melukakanmu
sama dengan rasa ini.
akan melukanku
biarpun dia ilhamku.
dan mungkin akan terus menjadi ilhamku

karna dalam hidupnya, sudah ada mawar indah menggetar rindu
karna dalam hidupnya, sudah punya isi buat segenap raga jiwanya
karna dalam hidupnya, sudah wujud cinta penghujung masjid.
karna dalam hidupnya, tidak ada aku sebagai apa-apa yang magis dan indah.

Karna aku tahu dia, dia tak tahu aku.

Apa ja yang peliknya?

Sudah 5 hari aku genap 22 tahun,
selepas berbagai jenis manusia aku jumpa dalam hidup aku
selepas beberapa kali pelanggaran dengan orang yang banyak bagi pengajaran pada aku
selepas aku jatuh bangkit jatuh bangkit berkali-kali dan tak siapa pun sedar

aku masih begini.
dengan di kepala otak disorder aku penuh dengan falsafah-falsafah yang kadang menyerabutkan
orang tak faham, dan anggap aku pelik
malahan kawan aku sendiri
tapi ada seorang budak ni mempertahankan kepelikan aku

katanya lebih baik jadi pelik dari jadi sama dengan orang lain
tulis ja caption panjang-panjang, sebab itu dah memang personaliti aku
jadi buat apa nak ubah ikut cita rasa orang lain?

aku terpana bila dia pertahankan aku sebegitu sekalinya,
aku terpaku juga

sebenarnya tak adalah ramai sangat yang cakap aku pelik.
dan aku rasa sendiri, aku ni adalah manusia normal juga macam yang lain
yang peliknya tu adalah orang sekeliling aku yang tak habis-habis nampak aku ni pelik

apa ja yang peliknya kalau suka tidur?

apa ja yang peliknya kalau suka layan anime? ingat lelaki ja ka yang layan anime? kawan aku perempuan ramai ja yang kaki tengok anime.

apa ja yang peliknya kalau suka tulis puisi tengah-tengah malam? ramai ja penulis puisi lain tulis puisi tengah malam la subuh la petang la, ikutlah cita rasa mereka sekalipun. aku taip caption pepanjang pun ada orang kecam dan tak suka. adoihlah. ikut kamulah, dah aku memang suka merepek. macam ni lah jadinya!

apa ja yang peliknya kalau aku suka hiking? ramai ja yang jadikan hiking tu sebagai hobi

apa ja yang peliknya kalau aku suka masuk hutan? ramai ja yang redah hutan dan anggap benda tu merelekskan dorang

apa ja yang peliknya kalau aku suka buat kerja last minut? banyak ja student last minute dalam dunia ni. lagi-lagi kat malaysia ni. semua berlambak.

apa ja yang peliknya kalau aku banyak kawan lelaki? ramai ja lelaki yang banyak kawan perempuan dan sebaliknya, tak adapun yang kena kecam

apa ja yang peliknya kalau aku suka jalan dan lepak sorang2? ada ja pun orang tebiat macam aku kaki jalan kaki dan selalu jalan sorang2 bawak diri. tengok wayang sendiri, shopping sendiri, lepak tepi corner sendiri, pusing bandar sendiri. tolong lah.

apa ja yang peliknya kalau aku rasa buat origami 3d tu yang kurang kan stress aku? ramai ja aku tengok youtuber origami 3d tu, happy ja buat benda alah tu. (aku ni macam budak2 ka?)


erm.. sebenarnya benda tu tak pelik. aku pun tak faham dekat manusia ni.
erm.. sebenarnya aku dah genap 22 tahun.
dan sebenarnya aku update post ni sebab nak meluah sesuatu yang dah lama tangan aku nak taip.

aku dah lama tak merapu.
aku dah lama tak update sesuatu kat ig dengan caption panjang-panjang, jadi aku rasa macam lost sikit.
ya la orang kata UBAT untuk seorang PENULIS adalah dengan MENULIS. bila aku nak ubat, tapi aku tak dapat... mestilah aku sakitkan.
nasiblah aku terbukak jugak laptop dan taip benda merapu ni..

aku saja ja nak banyakkan entri aku dalam blog ni walau aku tahu tak ada siapa yang baca pun entri dalam blog aku ni.

aku ni sebenarnya. ada benda lagi nak bagitau
tapi rasanya next post kot.
aku nak formalkan sikit next post nanti
biar orang tak faham sangat.
sebab nak sampaikan isi tersirat.
ya la, orang yang kenal aku mungkin akan faham
tapi since orang yang kenal aku tak ramai budak sastera,
so okay lah kot kalau aku nak guna bahasa merapu sikit biar dorang tak faham,.

sekarang ni biar dia bukan budak sastera , ada gak yang minat baca tulisan orang lain, kan?
eh eh..
magis!!
aku kena pergi!
sebab ada cerita aku kena update.
cerita pasal hidup orang.

#apajayangpelik

Wednesday 17 October 2018

Kenapa Masih dia?

Aku pernah galak bercerita mengenai dia
Seorang sahabat yang dulu pernah menjadi sebab aku keluar dari gaung kemurungan
Aku hampir jatuh terlutut dan berputus asa,
tapi anehnya, dia seakan-akan kurniaan Tuhan kepada aku untuk terus berpaut pada apa-apa dan kembali naik dari terus jatuh.

Kisahnya, tidak logik. tidak terfikirpun dek akal. 
tapi itulah yang aku rasa. itulah yang aku hadap.
dan aku sedar, ketika semuanya sudah terlambat.
dan ketika semuanya terlambatlah, dia seakan-akan menjadi inspirasi kepada aku untuk menulis
aku galak bercerita mengenai dia.
dari dulu, sehinggalah sekarang.

Aku pernah mengalami satu masa gawat, iaitu aku terjebak dengan kemurungan
luarannya aku okay, tapi dalam aku porak peranda.
aku gila. aku rasa menjadi orang bukan aku.
Aku senyum, tapi selepas keluhan yang panjang.
Aku ketawa, kemudian menangis sendiri di dalam tandas?
Kadang aku jadi orang tak betul, moody sendiri,
tak mahu layan orang.
Aku jarang ke sekolah.
Aku mengabai diri aku.
Sampai satu tahap, aku fikir untuk mati.
Aku fikir betapa bagusnya kalau aku lupa ingatan dan tak ingat apa-apa
Betapa bagusnya ketika itu aku melintas jalan dan dilanggar kereta.

Iman aku ketika itu senipis kulit bawang, yang bila-bila masa saja boleh koyak.
Aku siksa diri sendiri, terperap di bilik. Malam berjaga. siang tidur. 

Orang tak tahu, sebab aku hidup normal depan orang.
dan dorang tak tahu.
Aku tak ingat berapa kali aku pernah berselisih dengan Dia.
pertama kali, bila satu hari tu aku mintak excuse dekat cikgu untuk ke tandas.
Aku menangis puas-puas , sebab aku tak tahu apa yang aku rasa time tu. Aku tak tahu kenapa aku menangis. Aku tak tahu kenapa aku rasa macam tu.

Keluar dari tandas, aku berselisih dengan Dia. 
Aku.....
Luas biasa.
Aku rasa luar biasa tenang. Masa kami berselisih tu, aku tunduk. tak tengok pun dia. aku takut dia nampak mata sembab aku. 
Aku takut dia perasan. Kami berselisih. dan aku tak tahu luar biasanya, aku lega.
Dia lalu saja pun tepi aku, tapi aku rasa macam dia ambil semua aura negatif aku dan bagi aura positif dia kat aku.

Aku pelik. mula-mula aku ingat kebetulan ja tu.
Aku tak tahu. kenapa tiba-tiba aku lega bila berselisih dengan dia. 
padahal kami berselisih ja.
Aku tak faham.

Dan, bila aku sedar. selepas kejadian sama berulang.
Setiap kali aku down, bila kebetulan time tu aku berselisih dengan dia terus aku rasa rasa sedih tu hilang.
Terus aku rasa rasa nak mati tu hilang. 
Aku tenang, aku lega.

Lucu. dan aku sedar sebab benda tulah aku keluar dari kepompong murung aku.
Bila aku sedar dia adalah kiriman Allah untuk tarik aku walaupun tanpa dia sedar,
walaupun tanpa aku sendiri sedar.
Aku mula rasa sesuatu dekat dia.
Kawan aku sendiri.
tapi aku lambat sedar
aku lambat mengaku.

Dia mula hidup dia dengan orang yang dah lama dia tunggu.
Orang yang memang padan dengan dia. 
Dan aku hanya mampu bersyukur sebab cukuplah dia menjadi orang yang menarik aku keluar dari kemurungan aku dengan izin Allah. aku tak mahu lebih-lebih.
Aku teruskan hidup. dan aku berjaya hidup.

Tapi cerita tu, tak habis dekat situ. Aku kembali tergelincir dengan situasi kemurungan masa form6.
Aku gila. Aku aneh sendiri.
dan dia?
lagi sekali.
Aku rasa benda yang dah lama aku tak rasa.

Aku pelik, kenapa dia?
kenapa masih dia?
padahal kami berselisih ja.
kenapa aku rasa macam dia tarik semua rasa down aku dan bagi aku aura positif dia?
kenapa dia?

Aku sedar tu, dan aku layan dia baik-baik. sebab dia tu penyumbang utama aku keluar dari kemurungan
Aku juga sedar, sebab dia masih hidup dengan hidup dia.
aku simpan rasa sorang-sorang.

Selepas berapa tahun. 4 tahun kot. Sekarang ni aku dah ada kat U untuk semester 6. 
Lepas pelbagai macam orang keluar masuk hidup aku.
Aku tak faham. kenapa masih dia?
Kenapa aku masih ada rasa untuk dia?

Aneh! Dia adalah sebab utama aku menulis.
Dia ilham pertama aku menulis dua tahun dulu.
Dan selepas berapa lama dia tidak menjadi ilham aku.
Lately, dia kembali jadi sebab aku menulis.
Aneh? Berantakan? atau Magis?

entah! Dan seperti 6 tahun dulu, masa mula-mula aku sedar dia yang tarik kemurungan aku,
Sekarang ni, aku sedar lagi. dan terlambat.
Dia masih dengan hidup dia.
Dan dia akan menjalani hidup baru dia dengan keluarga baru dia.
Dan aku masih macam ni, duduk diam-diam. Simpan rasa sorang-sorang.

Pelik. dan aku harap, dia bukanlah orang yang selama ni aku tunggu
Aku harap, dia bukanlah jodoh yang dah tercatat untuk aku di loh mahfuz. 
Sebab aku dah buang rasa ni jauh-jauh. 
Dan dia pun dah nak mulakan hidup baru
Aku cuma harap, dia akan terus jadi kawan aku sampai bila-bila.
Aku harap. Dia bahagia. 
Dan aku boleh hilangkan rasa ni, macam dulu.

#Masihdia

Saturday 6 October 2018

NOHAGAMI ORIGAMI 3D MALAYSIA



ORIGAMI 3D MALAYSIA


Origami 3d - Natsu Dragneel, Roronoa Zoro, Monkey D Luffy, Batman, Wonder Women, Flash. 
Hai gaiss, jom follow Nohagami di IG dan FB untuk origami yang menarik dan rare 😍😍. Sebelum tu, nak share sikit pasal latarbelakang origami ni..


Facebook - Nohagami 

Instagram - Nohagami

Bagi yang tidak tahu. Origami 3d adalah salah satu seni yang dibuat daripada lipatan lipatan kertas kecil untuk membentuk satu objek.

Orang-orang lama mesti tahu buat kraf ni kan.
Di jepun atau di mana-mana negara mereka menggelar seni kertas ini sebagai Origami yang diambil perkataan jepun ORI bermaksud LIPAT.. manakala GAMI/KAMI bermaksud KERTAS.


Basket Fruit Origami 3D 

Orang kita pun tahu seni ni.. Tapi tak semua gelar Origami. Sesetengah gelar Kraftangan, sesetengah lagi gelar seni melipat kertas dan banyak lagi.

Kreativiti seni ini dipercayai dimulai dari negara Jepun, dan tersebar luas ke seluruh negara termasuk Malaysia.


Mesti kalau tanya nenek-nenek atau atuk-atuk pasal origami ni, mesti dorang tahu. Tapi mungkin juga dorang tak faham origami tu apa, tapi kalau di tunjukkan origaminya mesti dorang tahu. Paling tidak pun mesti dorang pernah nampak seni ni. Hehehe 😋😋



Turtle Origami 3D 
Dan cerita bermulanya Nohagami ni.....

Aku start buat Origami dulu masa darjah. Tak ingat umur berapa tapi yang penting time darjah sebab ada dalam kelas seni. Origami yang aku belajar dulu takat lipat sehelai kertas kemudian membentuk objek. Aku gelar itu Origami Asas.

Origami 3D pulak aku belajar start umur 18, baru-baru ja.. Tu pun guru aku adalah cik google dengan encik utube. Jadi aktif ni bila ada sorang kawan ni rungsing fikir macam mana nak cari hadiah untuk sorang kawan lagi Bila fikir-fikir balik. Aku start mengaktifkan diri balik rajin melipat sebab dorang. Dan dorongan orang sekeliling yang rajin betul menolong melipat buat aku lagi eksaited nak buat dan buat. 😌😌

Dan yepp... Tidak boleh tinggal orang yang bagi nasihat suruh bukak business NOHAGAMI ni Dena. Dan orang yang menjadi tulang belakang, redha teman aku melipat Teha.

kalau taktau lagi apatu origami 3d.. Hah, sila lah tekan2 cik google atau encik utube. Takpun terus follow ja Nohagami dekat Fb n ig. Senang cerita.. Semuanya di hujung jadi sekarang ni. 😉😉


Sekian.

Masih di AWANG AWANGAN

*Untuk entri kali ni, aku nak cerita sikit pasal life aku. aku rasa benda ni jadi dengan semua orang.. I bet so. must be, right?*


Jujur. Aku masih di awang-awangan. Percaya atau tidak. itu aku.

Dari dulu, aku tidak ada pilihan tetap pasal kerjaya aku. Aku nak jadi apa? apa yang aku tahu? Apa yang aku minat? Semua tak sejajar. Berantakan, kata orang.


For starter, dulu time SPM aku budak Sains tulen, tapi time tu since aku masuk kelas baru dengan orang-orang baru, aku develop benda yang pelik-pelik dalam diri aku. Satu masa, tiba2 aku suka melukis sepanjang masa, dan tiba-tiba juga aku lebih terarah pada penulisan. Pelikkan budak sains, tiba-tiba suka menulis benda fiksyen semua tu. Dan satu hari, aku nak pindah kelas sastera, but then, It was too late though. 


Dalam kelas tu, ada seorang member aku baru masuk, dia dari kelas Lukisan Kejuruteraan tapi ended up masuk kelas sastera, masa tu awal-awal lagi. aku ego, sebab aku takut orang fikir bila aku masuk kelas tu ,dorang akan cakap aku pindah sebab member aku tu. So aku tutupkan hati dan kentalkan jiwa dengan Sains.


Aku dapat peluang kedua untuk ambil Sastera masa STPM, but then again! Aku ego sebab ada member aku tu jugak dalam kelas tu, aku kalau boleh aku nak elakkan diri dari dia. So there it goes, peluang tu terlepas macam tu ja dari tangan aku. Aku terpaksa ambil Ekonomi pulak sebab aku tak layak masuk kelas Sains. Sebab result SPM aku semua subject sains aku dapat D kecuali Fizik.. hahaha.


To be precise, time STPM ni lah aku belajar banyak benda dalam hidup ni, aku belajar pasal member, aku belajar macam mana nak communicate dengan orang. Well aku ni introvert sikit but not really that introvert lah, mild ja. Aku minat something, tapi aku tak pernah usaha untuk dapatkan something tu... dari dulu, aku tak pernah usaha untuk capai cita-cita aku. Aku selalu masuk jalan yang bukan pilihan aku. Aku tahu dah terlambat, but I just realize it now. and by this time also, it was too too too late for me.


Now I'm doing my degree, Bachelor of Accountancy... guess what? It was not really my 100% decision, I'm not really in to dengan akaun, but here I am undergoing my Semester 6 of BAC. Actually, before taking this big decision, aku terumbang ambing, aku tak tahu nak buat apa, aku tak tahu nak ambil apa.. Aku dah apply UPU, but time tu, I'm hundred and one percent sure, aku takkan dapat tawaran dari mana-mana university kerajaan. sebab pointer aku 2.5 je kot. apalah sangat nak dibandingkan dengaan member-member aku yang lain. 


Aku tanya bapak aku, dia nak aku sambung belajar ambil apa, tapi taulah typical parent yang taknak masuk campur dalam urusan masa depan kau ni, bapa aku serah 100% decision dekat tangan aku, aku nak ambil apa, aku nak kerja ka nak studi ka it was totally up to mee.. But masa tu, aku betul-betul tak tahu nak buat keputusan. aku tak ready nak buat keputusan untuk diri sendiri. Sampailah satu hari ni, aku terjumpa dengan satu staff marketing tempat U aku tengah belajar sekarang.. katanya mereka tengah buka untuk pengambilan student, dan dengan 2.5 pointer aku tu, aku boleh ambil degree of Accountancy dekat U tu.. you know, kerjaya sebagai akaun sangat laris dengan dunia sekarang ni. Sebab tu aku setuju ja. I did think about the pros and cons, and finally decided that I want to take Degree account.


Aku kenal dengan ramai orang sepanjang tiga tahun aku dekat sini. seriously, macam time SPM dulu, aku develop macam-macam benda yang aku suka buat, tapi tak ada kaitan dengan profesion yang aku tengah ambil sekarang. Ahahaha, i dont know, but it was too funny to realize it now.


I'm taking Bachelor of Accountancy,

Tapi aku gemar menulis. dan even sekarang ni pun aku tengah ongoing menulis novel. Dalam masa tiga tahu ni ja, aku sedar yang aku suka tulis puisi. Jiwa aku sangat ke arah penulisan dan makin menjadi-jadi since I first develop it masa SPM dulu. I even join group puisi underground dekat U kami sebab nak libatkan diri dengan dorang dan kongsi idea dengan dorang from time to time.

I'm taking Bachelor of Accountancy,

Tapi aku gemar menggambar, aku ambil khursus fotografi dan belajar fotografi. Isn't accountant student suppose to be nerd, lame, dan dalam otak dorang fikir studi studi studi ja.. but I'm not one of them. I did do my works, assignment, but I dont really like doing it. I don't actually really care about my pointer. As long as it maintain at 3.0 and above then Im okay with that.

I'm taking Bachelor of Accountancy,

Tapi aku lebih suka busykan diri dengan buat Origami 3D dari fikir pasal homework. Aku buat Origami dan jual. Origami tu satu seni orang kata. tak ada kaitan dengan Bachelor yang aku tengah ambil sekarang ni. I did do business with that, but account not a business..

I'm taking Bachelor of Accountancy,

Tapi aku suka compile video-video member2 aku then post. Aku selalu paksa dorang jadi model dan edit video untuk dorang. Aku enjoy buat video lebih dari enjoy buat assignment. dua kali dah assignment kami melibatkan video, dan aku akan cepat-cepat ambil kerja sebagai jurufoto dan juruvideo kemudian edit dari buat paperwork dan report. 

Nampak tak benda yang aku nak cakap sekarang? Aku ambil bidang yang berlainan dan buat benda yang di luar bidang yang aku ambil. Aku selalu terfikir , ' if just i can turn back time..' but then again bila aku sedar balik apa yang aku fikir tu, still kalau masa diputarkan balik pun, aku rasa aku tetap akan pilih benda yang sama. Aku tak dapat pindah kelas sebab terlalu ego tak nak orang fikir lain. Aku pilih bidang yang budak minat aku untuk ambil ijazah, dan buat benda lain dalam masa yang sama.


Ada member ajak aku pindah pergi Akademi Seni dan mula semula dari bawah, but no. jawapan aku masih sama. Even aku minat benda tu, tapi aku dah ambil Account ni dua tahun. aku tak mampu nak ambil risiko bawak diri pergi negeri orang dan mula benda yang aku tak pasti aku akan suka, dan akan jadi kerjaya aku satu hari nanti.


Aku orang yang ambil bidang lain untuk hidup, tapi hidup dalam bidang lain. Indeed pals, aku masih di awang awangan. Aku masih terumbang ambing untuk tentukan life aku. untuk tentukan kerjaya aku. aku masih tak tahu aku ni nak tuju jalan mana. Aku masih tak tahu, sebab Qada' dan Qadar Allah tu umpama ranting pokok yang bercabang-cabang. kau lalu satu ranting ni, kau akan jumpa laluan ranting lain lepastu akan jumpa cabang lain sampailah kau kembali kepada Allah kelak. 


Aku selalu dengar kata nasihat ni masa aku tengok drama melayu dengan baca novel-novel tempatan. benda nilah yang melekat dekat otak aku sampailah sekarang. 


"Dalam dunia ni, ada tiga perkara kita tak boleh nak ubah.. sebab dan tertulis kesemuanya di Loh Mafuz. iaitu, Ajal, Jodoh dan Rezeki."


Aku yakin Allah dan tentukan rezeki aku kat mana-mana, jadi aku kena teruskan apa yang aku mula.

Even if Im taking BAC, tapi tak semestinya aku tak boleh menulis kan.? tak semestinya aku tak boleh buat karya seni aku kan? tak semestinya aku tak boleh edit video dan ambil gambar kan? Tak apa. Ilmu Allah tu luas. belajarlah sebanyak mana kau mampu dan sebanyak mana kau mahu. kita hidup memang untuk menimba ilmu dan menjadi kalifah di muka bumi Allah ni.

Walaupun aku masih di awang-awangan.. aku tetap nak Redha dengan semua ketentuan ni, tak perlu persoalkan benda lepas. :)

Allah Maana.

#masihdiawangawangan #luarbidang


Tuesday 5 June 2018

Lelaki Psycho

HARI ini dia meroyan lagi. Aku boleh agak dari mana sumber riuh itu datang. Penumbuk aku kepal menahan geram, mata aku pejam kejap kemudian keluhan yang teramat kasar dan panjang aku luahkan. Perlahan-lahan aku capai tombol pintu , teragak-agak untuk keluar.

Manusia yang satu ini benar-benar menguji kesabaran yang aku simpan dalam-dalam. Aku tidak tahu bagaimana awalnya aku boleh menerima orang semacam dia. Mungkin kerana aku terlalu cepat percaya akan cerita yang entah betul entahkan tidak mengenai dia yang ditinggalkan oleh kekasihnya kerana curang.

Padahal mungkin juga dia yang terlalu gila sehingga kekasih lamanya itu berbuat keputusan sebegitu. Atau mungkin juga menerima seorang lelaki seperti dia adalah kifarah atas apa yang pernah aku lakukan sebelum ni. Entah. Aku tidak tahu.

Hari ini dia telah melampau batas sehingga sanggup naik ke tingkat asrama perempuan. Aku tidak tahu di mana dia meletakkan malu nya sehingga ke tahap dia tidak lagi sedar yang dia sedang melakukan perkara yang memalukan pada pandangan public. Aku malu. Tersangat.

"Aishhh!!" Suara itu menjerit-jerit lagi.

"Kau ni dah kenapa, gila kah? Tahu ni kawasan perempuan?" Satu suara tegas sedang menyahut kepada jeritan tersebut.

"Aku mau jumpa Aishh, kau suruh dia keluar! Aishh!! Aishh! keluarr! Kalau tak aku bunuh diri ni di sini..!!" Sekali lagi lelaki itu menjerit tidak tentu hala. Aku mengeluh, entah untuk yang keberapa kalinya.

"Bunuh diri? Bunuh lah, cuba! Aku mahu tengok!" Sekali lagi suara perempuan itu berkeras menjawab si lelaki.

Aku melangkah keluar rumah. Aku lihat dia cuba memanjat balkoni, tapi kembali turun ke lantai, mungkin masih menyayangi nyawanya. Tanpa aku sedar, aku tersengih sinis. 'Bodoh!'.

"Sudah!" Sahutku kepada mereka sambil mendekati.

"Aish.." Lelaki itu memanggil lembut. Aku menjeling. 'Aik? Hilang jerit royan kau tadi? Dasar!' Hatiku mengumam.

"Turun lah! Jangan malukan orang dekat sini boleh kah?" Aku menegur dia sedikit kasar bergaul perasaan malu.

"Kenapa tak angkat call? Banyak kali orang call dia, henfon mana?" Soal lelaki itu.

Aku memandang dia dengan tajam. "Turun.. jangan buat malu dekat sini." Halauku sekali lagi.

"Jom ja-......"

"Kalau kamu mahu berbincang, bincang bawah. jangan dekat sini. ni kawasan perempuan. hormat sikit penghuni penghuni dekat sini." Tegur Kiki. Dia yang berperang mulut dengan lelaki itu dari sebelum aku melangkah keluar dan menghalau si lelaki.

Aku mengangguk ke arahnya. "Bawah!" Aku ucap sepatah ke arah lelaki itu kemudian menuju ke ruangan menunggu lif untuk ke tingkat bawah. Dia menurut tanpa banyak cakap. Mungkin sudah reda royannya kerana aku muncul akhirnya.

Arghh! Gila. Entah aku ingin gelar dia ini sebagai apa. Kalah drama TV3 setiap jam 7 petang tu. Kaki drama. orang gila. atau, lelaki psycho seperti yang di uar-uar kan oleh kawan kawan aku?

-Flashback-

Aku berbaring santai di katil ketika itu sambil meronda-ronda sekitar media social instagram kemudian facebook kemudian ke twitter pulak.

"Aishhh!!" Ana, penghuni katil bawah aku menjerit tiba-tiba. Aku jengukkan kepala tanda menjawab panggilannya.
"Kau tengok ni! Giiilaaaaaaaa!" Ana menyuakan telefonnya ke arah ku. Sedikit keanehan melihat dia begitu excited entah sebab apa.

Aku mula membaca. Ermm. Website bertajuk 'Teman lelaki anda seorang psycho? lihat ciri-ciri ini.' Aku hampir tergelak. Aku memandang Ana di bawah katilku. wajahnya begitu serius. Aku menelan air liur. Mata kembali aku halakan ke skrin telefonnya.
Ciri - ciri pertama. 'cemburu buta.' aku membaca menerangan sehingga habis. Dalam tidak sedar aku menahan pernafasanku. Seakan tersekat. Ya, 'lelaki itu' juga kuat cemburu buta.

Aku masih ingat ketika aku menjadi perhatian beberapa orang budak lelaki dari jauh. Saat saja dia terperasankan pandangan mereka terhadap aku. Cepat saja dia berdiri dan menghampiri mereka. Menegur dan berbual. Kemudian kembali kepada aku. Apabila aku tanyakan kepadanya apa yang dia bualkan dengan budak budak tersebut. Dia menjawab.

'Orang tanya dorang.. Suka Aish atau tak. Then dorang geleng-geleng. Yalah tadi bukan main lagi tengok Aish macam berminat.'

Sebaik mendengar kata-katanya, aku tidak dapat menahan riak wajah. Aku tersenyum sumbing. Kemudian buat-buat ketawa, walhal dalam hati bermacam perkara aku carutkan. 'Gilaaa!'

"Privasi invader" aku bercakap sendiri. Jari yang tadi aktif menskroll skrin telefon tersebut terkaku tidak bergerak. Ciri kedua ini memang berlaku kepada aku. Setiap kali kami berjumpa, pasti dia tidak akan lupa untuk meminta telefon aku. Entah apa yang dilihatnya, aku pun tidak tahu.

Selain itu, kesemua password laman social aku, dia tahu. Dia boleh mengakses aplikasi whatsapp aku melalui whatsapp web. Kesemua orang yang rapat dengan aku dia tahu nombor telefon, instagram. Bahkan FB mereka.

Mata aku alihkan kepada Ana. Cepat saja dia mengalihkan pandangan kemudian berkata. "Baca sampai habis..." kemudian dia berbaring di katilnya sambil melayan drama

Aku menurut. Kembali membaca. Ciri ke tiga. 'pemanipulasi keadaan'. Aku seakan ingin menjerit 'Betull!' selepas saja aku habis membaca penerangan. Ya, kami sering bergaduh. Dan anehnya, setiap kali dia memujuk pasti pada akhirnya aku yang berasa serba salah kemudian mengalah.

Keempat. Gaduh di public. Ya, dia tak kisah kalau dia menghuru harakan keadaan di public. Yang penting apa yang dia mahu, dia dapat. Kami pernah bergaduh di depan orang ramai. Banyak kali. Sekali tu, ketika aku sudah penat dengan semua drama yang dia pamerkan, aku ingin beransur naik ke hostel. Tapi apa yang dia buat ketika itu benar-benar diluar kawalan. Dia baring, dia hadapan aku. Di lantai. Di depan banyak orang. Gila. "Gila" aku terluahkan tanpa sedar.

"Aku dah kata..." Ana menyahut dari bawah.

Kelima. Ugut. Ini sering berlaku. Terutama apabila aku tidak ingin berjumpa dengannya. Pasti dia akan mengugut macam-macam. Seperti, ingin naik ke asrama perempuan. Ingin naik ke pentas ketika aku sedang menghadiri talk. Baring di lantai. Tak mahu makan minum. Bermacam ugutan agar aku sentiasa menurut. Dan aku selalu mengalah.

Keenam. Soal dan terus menyoal. Ya, dia sering menyoal aku dari A sampailah ke Z. Setiap gerak geri aku kena hantar laporan. Umpama hidup aku ini adalah miliknya dan bukan punya aku. Aku tidak kisah. Cuma, kadang dia yang terlebih riak jika aku melakukan sesuatu diluar kesukaannya.

Ketujuh. Mangsa keadaan. Penerangan yang aku baca menyebabkan aku mencari dinding untuk menyandar. Bukan lemah. Cuma tidak tahu ingin percaya akan kenyataan konyol blog ini atau abaikan. Awal pengenalan kami dia bercerita mengenai kisah lalunya, yang ditinggalkan kekasihnya kerana curang dengan orang lain. Aku percaya. Aku kesian. Dan hatiku cuba meletakkan diri kedalam kasutnya. Ketika itu, aku berasa aku tidak ingin mengecewakan dia, tidak patut. Mungkin di situ mulanya aku terjebak dengan 'lelaki itu'.

Terakhir. Terlalu menyayangi. Ya. Aku tahu dia terlalu sayangkan aku sehingga dia memerangkapku di dalam sangkar buatannya. Tidak ada siapa boleh memberi aku makan kecuali dia. Tidak ada sesiapa boleh melihat aku kecuali dia. Melakukan apa saja asalkan aku masih bersama dia. Mengugut bermacam-macam agar aku masih memilih dia.

Tanpa sedar, aku mengeluh kasar. Aku mengembalikan telefon tersebut kepada Ana.

"semua ciri-ciri ada kat dia kan??!" Ana menyoal penuh semangat. Aku hanya tersengih bodoh. Tidak ingin membalas. Tidak tahu ingin berkata apa..

-end flashback-

Entah kenapa aku terfikir kembali ciri-ciri yang aku terbaca hari itu. Aku keliru. Semua ciri-ciri teman lelaki psycho itu ada padanya. Jadi apa perlu aku buat? Aku memandang dia yang berada di sebelahku. Psycho? Lunatic? Gila? Atau sayang?

Aku harap boleh keluar dari cengkaman lelaki ini satu hari nanti. Benar-benar menguji hati. Menguji otak. Sikit haribulan aku pun mungkin gila seperti dia. Terlalu banyak drama. Hebat rekayasa. Rasanya boleh jadi pemenang anugerah lakonan. Kalau di angkat dia menjadi si tukang sandiwara, aku jamin 100%, pegang semua watak boleh laku sampai bolly holly wood..

Hari ini saja dia meroyan lagi. Gara-gara aku tidak mahu berjumpa. Hari ini, entah untuk yang keberapa kali. Tapi hari ini dia melebihi batas sehingga sanggup naik ke asrama perempuan. Aku geram. Sehingga dinding aku tumbuk entah berapa kali. Sehingga gigi aku kentam kejap. Sehingga tubuhku menggigil dek menahan geram dan marah.

Aku malu. Ya. Malu. Kalau sebelum ini dia akan berlari melintasi aku sebelum aku sempat masuk kedalam lif kemudian dengan selamba dia berbaring di dalamnya untuk menghalang aku naik. Hari ini dia memalukan aku dengan meroyan di blok perempuan.

Kalau hari-hari sebelum ini dia dengan sabar menunggu di bawah kemudian menyuruh sesiapa saja perempuan yang dia jumpa di bawah untuk mencari aku di bilik. Hari ini dia sendiri naik ke blok perempuan kemudian dengan suara jantannya dia menjerit-jerit memanggil aku.

Aku memejamkan mata. Menarik nafas dalam - dalam sambil menggenggam penumbuk. Hatiku. Ya, hatiku sedang merintih. 'Aku harap. Aku boleh terlepas dan lari dari dia. Aku harap. Dia tidak lagi menganggu dan memporak perandakan perjalanan hidup aku. Aku harap semuanya tamat disini hari ini.'

Dan seperti hari hari lain. Mungkin kami bergaduh lagi hari ini.

-END-








Saturday 19 May 2018

Sisi Gelap

Berdiri di depan orang ramai pasti membuat kau beriak seperti tanggapan mereka.
Berdiri terketar pasti membuat kau takut mereka mempertikai.
lumrah manusia ingin kelihatan baik dan sempurna di mata manusia lain.
Aku tidak menghukum.
cuma mengeluarkan apa yang aku rasa.
aku cemburu melihat seorang taman yang tegas bila dia berkata
aku cemburu lagi ketika melihat dia menpersetankan tanggapan orang orang terhadap personalitinya
dia berani, aku hormat dan agak terkesima melihatkan itu.
Dia tidak hidup di dalam kepura puraan.
dan aku? aku tidak lagi menjumpai apa-apa sebab untuk beriaksi pada apa-apa.
aku membutakan mata melihat keliling
aku kurungkan diri di dalam zone selesa aku sendiri.
aku tahu aku gila.
dan ini adalah sisi gelap yang aku tidak ingin beritahu sesiapa.
Aku, tidak kisah akan apa-apa. sudah. aneh. gila. buntu.

Monday 2 April 2018

T E R I M A

     Aku punya hidup yang aneh, ketidakkisahan aku terhadap siapa siapa yang wujud dan kemudian pergi dari hidup aku itu orang pandang aneh. Kenapa?
      Aku punya emosi aneh. Kurang tindak balas terhadap apa apa sehingga mereka kata aku ini robot berwajah manusia. Kenapa?
     Aku punya hati yang aneh. Benar benar seakan tidak punya rasa saat orang berbuar jahat terhadapku. Benar benar seakan tidak punya rasa saat orang memintah simpati dariku.
     Aku punya pemikiran yang aneh. Setiap satu perkara yang tidak penting dan ingin aku lupakan, sesenang itu saja aku melupakannya.

Aku yang aneh?
Atau jiwaku? Perasaanku? Pemikiran ku?

Tuesday 13 February 2018