Wednesday 13 December 2017

Sisi Teraneh

Aku punya sisi teraneh. sisi yang bahkan aku sendiri tidak mengerti. Sisi yang mungkin bisa membinasakan titik tenang seorang aku. Sisi anehku ini, adalah sisi yang tidak pernah cuba mempertahankan apa-apa yang aku mahu. Sisi ini, adalah sisi yang meng'ia'kan semua perkara walaupun bertentangan dengan hatiku.

          Sisi ini, sisi di mana hatiku terlihat bodoh kerana begitu senang menerima. kemudian begitu senang melupakan sesiapa yang pernah hadir. Sisi bodoh kerana begitu senang menitikkan sebuah masalah yang kelihatan besar di mata orang lain. Walhal bagiku, perkara itu hanya perkara kecil.

          Mungkin kerana aku sudah pernah melalui detik kecewa itu. Dan mungkin juga situasi ini begitu banyak membuat aku berfikir. Tapi semakin aku berfikir. semakin itu aku ingin menyalahkan orang lain. Untuk situasi ini. Ia telah berjaya meninggalkan kesan trauma yang dasyat bagi seorang aku. Aku tidak mungkin dapat menerima sesiapa yang cuba hadir dalam hidup aku lagi selepas ini.

          Aku sudah tidak larat mencari kemudian menyandarkan perasaan yang tidak patut kepada seseorang, kemudian bila tiba saatnya aku harus melepaskan orang itu kerana dia sudah tidak punya rasa itu. Jalan cerita ini sesunggunya pengajaran besar buat hidup aku. Pengajaran yang bakal aku jadikan pedoman untuk tidak lagi membuka pintu ini untuk sesiapa.

          Aku membiarkan orang mencuri sekeping hati ini, kemudian sekeping hati itu juga dikembalikan kepada aku dengan ucapan maaf. Rupanya langkah mendekati aku selama ini adalah kesilapan baginya. Dan ya, sejujurnya aku tidak punya rasa marah itu. aku tidak punya lagi rasa kecewa itu. Memang sedari awal aku hanya menganggap dia sebagai partner aku dan mungkin bukan siapa-siapa yang penting. Atau mungkin memang kerana trauma yang lalu buat aku mengambil keputusan untuk tidak terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.

          Atau mungkin juga, aku tidak sedih kerana situasi kami bukan di labelkan sebagai 'meninggalkan' tetapi ' turun pangkat' . Mungkin juga kenyataan yang aku bisa kembali bersahabat dengan dia membuat kegembiraan aku itu melebihi dari kekecewaan aku? Dan jujur, aku selesa menjadi cuma sekadar kawan. kerana aku sudah tidak punya tanggungjawab yang memerlukan aku cari dia bila hubungan ini kelihatan begitu senyap.

          Kawan, tidak perlu sentiasa berhubung. dan aku selesa dengan situasi begini. Akan tetapi. untuk memudahkan aku menerima sesiapa selepas ini adalah mustahil. Aku mungkin kelihatan rapat dengan semua orang terutama yang berlainan jantina denganku. Tapi untuk aku kembali mencari orang untuk aku letakkan perasaan cinta ini adalah sesuatu yang mustahil.

          Sisi teranehku adalah aku tidak punya apa-apa rasa lagi untuk diluahkan. hanyalah sebuah kata yang membuktikan ini adalah satu pengajaran dasyat dalam hidup aku. Pengajaran yang membangkitkan kembali TRAUMA yang pernah hilang. Aku tidak takut disisih, kerana aku sedar aku hanya watak kecil dalam hidup mereka. Aku tidak kisah memori mengenaiku di hapus dari hidup mereka, kerana aku hanya manusia yang sememangnya tidak layak diingati oleh sesiapa.
Trauma ini bukanlah kelemahan ku. Tapi kekuatan untuk aku terus berjalan lagi walau aku perlu berseorang diri. Trauma ini, biarlah hidup didalam darahku. Kerana hati ini sudah tidak mampu aku beri kepada sesiapa. :) 

Monday 16 October 2017

S E N D I R I

     Tidak ada seorang pun dalam dunia ni yang suka bersendiri. Jalan sendiri, makan sendiri, buat kerja sendiri, apa-apa sendiri. Termasuklah aku. Tapi disebabkan aku belum jumpa lagi orang yang sesuai yang selesa dengan tekak aku untuk bawak kehulur kehilir lepas partner, sebab tu aku selesa jalan sendiri. Lantaklah orang nak kata aku ni tunjuk berani ka apa, actually aku bukan pemberani pun, penakut adalah. Tapi sebab aku tak suka fikir yang bukan-bukan sebelum memulakan sesuatu sebab tu aku main redah ja. Jalan sendiri pergi Bataras atau pasar malam-malam, benda tu dah jadi benda biasa untuk aku.

     Lagi satu, aku bukan tak selesa jalan dengan member perempuan, tapi kadang sebab dorang banyak songeh dan dalam apa-apa hal dan sebelum buat keputusan aku kena fikir pasal dorang pulak baru buat keputusan. Tapi kalau aku sorang-sorang, lantak dekat akulah nak p mana pun mesti jadi punya , sebab aku sorang. Aku tak perlu tunggu orang lain. Aku suka jalan sorang jugak sebab aku tak perlu menyusahkan orang untuk belanja aku ka apa bila aku takdak duit nak beli something. Selalu kalau jalan sorang , cukuplah takat jalan. Dan kalau ada duit memang aku labur dekat buku atau makanan ja.

     Orang mungkin tengok aku suka jalan sorang, tapi sebenarnya tak. Memang best. Aku tak nafikan. Tapi jauh di sudut hati aku ni. (confession) aku tak suka jalan sorang, dan dalam masa yang sama aku tak suka jalan dengan orang yang banyak songeh. Sebab tu, dari sem 1 , memang aku pergi mana-mana sorang. Aku ingat lagi, dan yapp memang identiti aku jalan sorang sejak azali. Aku tidak mengada-adakan cerita, dan memang begitulah sejak awal.

     Sepanjang semester, memanglah ada masa aku jalan sorang.. tapi tidak dinafikan juga, ada juga aku jalan dengan bebudak kelas aku, bebudak bilik aku, bebudak lelaki yang kena paksa oleh kawan aku untuk teman aku pun ada. Tapi kebanyakan masa aku memang sorang. Best. Tenang. Senyap. Tapi aku rasa kejap jalah masa aku sorang. Tiba-tiba aku kenal member baru (partner). Dua tiga kali kami terserempak dekat luar , dan time tu masing-masing tengah bawak haluan sendiri. Aku suka part ni. Dan kalau boleh aku nak ingat memori ni sampai bila-bila.

     Aku suka jalan dengan partner. Best dia macam best aku jalan sorang. Perasaan dia tak ubah macam aku jalan sorang. Maksud aku, dalam kebanyakan masa. Masa-masa aku berseorangan adalah masa yang sangat aku suka. Tapi, sejak partner muncul.. masa-masa dengan dia dah jadi favourite aku. Sebab tu, bila dia ajak aku pergi mana-mana tak kisah jam berapa aku join. Sebab, jalan dengan dia macam aku jalan dengan diri aku sendiri. Dan terima kasih dekat partner, sebelum kami berpisah dia sempat bawak aku pusing kk yang mana memang kegemaran aku pusing-pusing tempat tu dengan berjalan kaki. SUKA. Sangat suka. SELESA jugak.

     Aku tak tahu apa perasaan partner time jalan dengan aku, mungkin juga dia bosan. Lantak kat dia nak rasa apa. Sebab pentingnya adalah rasa aku sendiri. Aku suka masa-masa dengan dia. Dulu aku selalu keluar dengan dia, dengan satu member kelas aku.. apa-apa aku ajak dorang, sebab selesa jalan dengan dorang. Tak banyak songeh. Erm, tak tak. Kawan kelas aku tu banyak songeh. Dia mana tahan jalan jauh-jauh. So dipendekkan cerita. Aku ni kejam jugaklah dengan kawan aku tu, kadang kalau janji dengan partner, takda pun aku suh partner ajak dia. Dan aku suka part ni. Hihi. Sorry member. ;) .

     Dan yapp, masa-masa aku luangkan dengan partner tak banyak mana, bila kami kena berpisah. Dia orang jauh walau sebenarnya dia orang dekat (confusing) . Dulu aku tak sedar benda tu, dan kadang bila partner ajak lepak bawah kebanyakan aku tolak sebab tak selesa orang asyik tengok kami sama-sama. Pergi mana-mana dengan dia, budak-budak U dah start cakap-cakap aku dengan dia. Benda-benda macam ni buat aku tak suka lepak sangat dengan partner, walaupun aku suka sebenarnya. Dan , ada satu ayat dari warden asrama kami masa kami terserempak dekat Bataras (supermarket). Time tu macam biasa, aku dengan partner tengah cari barang sama-sama. Then tiba-tiba warden datang dekat dan cakap…

“Kamu ni macam suami isteri suda, cari barang sama-sama.”

Time tu, aku taktau nak riaksi macam mana, sebab separuh dari diri ni suka bila dia cakap macam tu, tapi separuh lagi tak suka sebab timetu aku dengan partner kawan ja, aku takut kata-kata warden tu buat hubungan kami jadi kekok. Tapi sekarang. Aku nak ingat benda ni sampai bila-bila. 😃😃

     Dan, untuk masa-masa down macam ni, bila partner dah takdak. Aku dah mula jadi aku yang dulu, jalan sensorang lagi. Tengok wayang sensorang, makan sensorang, lepak bawah sensorang. Aku suka masa-masa aku bersendirian ni. Tapi aku lagi suka, kalau partner ada sama. Untuk cari orang yang boleh buat aku selesa jalan macam dia, aku tak tahu aku akan jumpa atau tak. Atau , mungkin ada. Cuma aku tak nak kot. Sebab partner aku takda ganti. Dia adalah dia. Cara dia bercakap, cara dia jalan, cara dia pegang beg belakang aku, cara dia ketawa. Semua. KEGEMARAN aku.

Mungkin orang menyampah tengok aku dok jalan sorang-sorang. Macam nak mintak perhatian yang sebenarnya aku tak mintak pun. Mungkin orang menyampah tengok aku berlagak berani yang dorang sendiri tak tahu sebenarnya aku bukan berani pun. Dan mungkin ada sesetengah orang yang tengok aku dengan pandangan MENYEDIHKAN sebab aku selalu spend time dengan diri sendiri yang sebenarnya aku sangat suka. Salah pandangan oranglah penyebab aku kuat dan kekalkan diri untuk sorang-sorang lagi. Dan aku tak kisah, duduk sorang-sorang. Aku tak suka tapi aku suka.

S E N D I R I.

Tuesday 29 August 2017

Jejak yang hilang

Drama manusia yang tidak pernah habis. Hidup yang dipenuhi dengan cerita pengajaran. Pahit. Manis. Sehinggakan ada yang trauma menjalani kehidupan mereka sendiri. Jejakku. Dihapus. Sepertinya tidak ada sedikitpun ruang untuk aku memenuhi hidup orang.
     Lumrah hidup lebih pahit. Apabila kau perlu menghadapi trauma kau sendiri. Kau cuba mengatasi trauma tu dengan menerima. Dan kau end-up semakin sakit dan pedih dengan keputusan tu. Itu lumrah, untuk ajar kau bangun sendiri.Tapi macam mana kau bangun? Bila secara halus orang-orang menolak kau ketepi?
     Kadang kau rasa itu hanya perasaan emosi yang berlebihan, tetapi tidak. Itu adalah kenyataan yang kau kena terima. Kau bukan lagi berada di bangku sekolah rendah atau menengah , yang dikelilingi dengan kawan-kawan yang baik dan memahami.
     Kau bukan lagi berada di bangku sekolah rendah atau menengah, yang bila bercinta sakitnya dapat hilang sebab kau tahu itu adalah cinta monyet mainan budak-budak. Kalau cinta monyet adalah trauma kecil. Bagaimana pula dengan cinta yang kau ambil serius? Trauma berat? Mungkin?
     Kau bukan lagi berada di bangku sekolah rendah atau menengah untuk kisah akan mulut-mulut orang mengata. Kau bukan lagi budak hingusan yang masih tidak tahu bagaimana dunia ini beroperasi.
     Alam yang tidak ingin tinggalkan itu adalah alam yang mana kau tidak perlu fikir soal hati, soal masalah kedewasaan, soal pekerjaan, soal belajar, soal keluarga. Alam itu adalah fantasi yang kau harap akan terperangkap selamanya didalamnya. Tapi sayang. Alam itu yang tidak patut kau bandingkan dengan hidup kau sekarang.
     Dulu,saat jatuh dan luka, tidak setitikpun air mata mengalir kerana kau sudah biasa dengan sakitnya ketika jatuh. Kau sudah biasa menjalani hari-hari yang penuh dengan luka-luka. Itu lumrahmu ketika masih belum mengenal arti hidup kedewasaan.
     Sekarang, jatuhnya kau berlainan dengan jatuhnya kau dulu. Jatuh sekarang adalah hanya perumpamaan yang kau sedang sakit, kecewa dan ingin lari dari dunia yang terus menerus menyedut semangat dan kewarasan akalmu. Jatuhnya kau, bukan dalam realiti tapi hanya dalam imaginasi akalmu. Dan anehnya, jatuhmu kali ini berjaya memecahkan empangan air dengan luar biasa.
     Kau mungkin rasa hatimu menipu dengan kenyataan yang dibuat-buat. Tapi tidak. itulah kenyataan sebenar. Kau sedang perlahan-lahan ditolak ke tepi dengan penghapusan jejak mu dalam hidup mereka.
     Lalu? Perlukah kau mengundur diri atau bertahan?
     Perkataan 'sakit' itu mungkin tidak dapat kau luahkan pada sesiapa, kerana tidak akan ada yang akan mendengar. Tidak ada yang akan sedar. dan tidak ada yang ingin ambil kisah.Untuk menjaga hatimu yang sebenarnya sudahpun lebur dan berkecai, mereka mungkin akan cakap, 'ceritalah , aku dengar'. Tidak. kau tidak perlu ambil keputusan untuk beritahu semuanya.
     Cukuplah. Kau katakan kepada mereka , kau okey. sedangkan selama ini kau menjalani kemurungan mu dengan sendiri. Sedangkan selama ini kau sendiri yang menarik dirimu daripada terus-terus berada di dalam itu.
     Kali ini. Tidak perlu terlalu terbuka. cukuplah duduk diam-diam di belakang mereka dan sedar akan tempat mu yang memang sewajarnya berada di situ. Kau bukan siapa-siapa dalam hidup mereka. Kau hanyalah manusia yang sama-sama menjalani hidup seperti mereka. Wujudmu sedikitpun tidak memberi apa-apa pengaruh dalam hidup mereka.
     Bohong , bila mereka kata kau watak besar dalam hidup mereka, sedangkan merekalah watak utama dalam hidup mereka. Bukan kau. Tidak perlulah terbuka kepada mereka yang tidak ingin terbuka mengenai hidup mereka kepada kau. Kau bukan sesiapa. Kau hanyalah tempat persinggahan sementara mereka. Yang sedikit demi sedikit akan dipadam dan tidak akan di ingat.
    Jejak mu akan hilang, dari hidup mereka.
     Sedikit demi sedikit.
     Dari hal-hal kecil
     Sehinggalah ke hal-hal besar.
     Jejakmu akan hilang.
     Tidak ada kepentingan sama sekali mereka ingin memberi tahu dunia bahawa kau punya hubungan dengan mereka. Oleh itu, jejak mu tidak boleh tinggal sedikitpun dalam hidup mereka. Kau diterima untuk di buang.
     Akhirnya, ya.
     Jejakmu pun hilang.

Yang tinggal padamu hanyalah,
Ucapan terima kasih kerana telah dibuang memori dan jejakmu dari hidup mereka.

Yang tinggal padamu hanyalah,
Trauma semakin membesar

Yang tinggal padamu hanyalah,
Luka terdalam dipendam perasaan.

Yang tinggal padamu hanyalah,
Senyuman yang kosong isinya.

Sunday 27 August 2017

T I A D A

Semakin aku menginjak dewasa, semakin aku tidak terkata dengan keadaan dunia. mungkin kerana kematangan membuat aku berfikir lebih sebelum mengemaskini penulisan. Mungkin juga kerana, sudah tidak ada apa lagi yang perlu aku tulis tentang hidup.
     Aku sudah berhenti membaca dan berfikir mengenai hidup. Aku sudah terperangkap kembali di dalam tempurung yang tidak punya jendela. Aku sudah kembali kepada diri yang hanya tahu menghadap dinding dan lelah untuk melibatkan diri dengan sesiapa. Aku penat dengan karenah manusia manusia. 
     Aku sedar, setiap dari kita memakai topeng yang tidak ingin dilucutkan pada mata dunia. Aku tahu aku sedang menjadi orang lain untuk menyesuaikan diri dengan keadaan masyarakat. Aku juga tahu orang yang berkali-kali cuba menegaskan itu adalah mereka, sedangkan itu tidak betul.
     Mereka menghakim manusia lain, kemudian mereka mengutuk dan mengutuk berkata tidak suka akan manusia itu. Tapi kenapa? Akhirnya mereka menjadi manusia itu? manusia yang mereka kutuk, tanpa mereka sedar.
    Jika betul, kau tidak mahu orang memandangmu? kenapa perlu kau melakukan sesuatu diluar kebiasaan dirimu? apa perlu kau melampaui sehingga menjadi apa yang orang ingin lihat? kenapa kau tidak mahu menjadi dirimu yang kau sendiri ingin lihat?
     Aku juga memakai topeng, malahan aku sentiasa memperagakannya. tapi topengku, masih menjadikan aku diriku tanpa melampaui ketarbatasan diri ini, aku  cuba menjadi diri yang sesuai dengan segenap masyarakat. Aku tidak mampu hidup seperti apa yang masyarakat mahu lihat melalui diriku karna itu, cukup bersederhana.
    Manusia lain tidak pernah kisah akan kehadiranmu dalam kelompok mereka. Kau itu hanyalah watak kecil yang tidak punya apa-apa kesan terhadap hidupan harian mereka. Oleh itu, saat kau cuba menjadi bukan dirimu dan mengikut apa yang masyakat mahukan, kau terlihat begitu tolol.
     Berhenti menjadikan dirimu bahan ketawa orang lain. Berhenti menjadikan dirimu begitu tidak berguna terhadap diri sendiri.
     Aku sudah berhenti menulis mengenai hidup. Olahan penulisanku mengenai kehidupan juga cukup menyedihkan. karna aku sudah lelah mengikuti semua permainan dunia ini. aku sudah lelah, dan hanya ingin duduk bersendiri di bawah tempurung ini.
     Saat aku sedar, betapa tidak pentingnya wujudnya aku dalam hidup manusia lain. Saat aku sedar, betapa kelilingku penuh dengan muka-muka topeng yang benar-benar sudah lari dari identiti mereka. Mereka kata mereka tidak mahu berkata besar.. tapi hakikatnya mereka show off dan bragg setiap masa. Berhentilah.
     Berhenti. Terima kasih.

Friday 21 July 2017

Berdiri. Melihat. Mengingat. Menikmat.

Aku sedang berdiri, saat terlihat mereka tergelak bahagia.
Aku berpaling. Sakit.
Apa perlu diperlihatkan kemesraan itu pada semua?
Aku bersoal.
Ya, aku tidak faham.

Aku tunduk.
Berfikir.
Ohh! Aku lupa. Aku juga pernah melalui itu.
Ketika aku berada di dunia ku sendiri dengan dia.
Ketika aku hanya terlihat senyumannya tidak orang lain.
Ketika aku hanya mahu memandang wajahnya biar melalui pantulan skrin komputer.

Aku sebak.
Tidak. Aku tidak. Aku tersenyum. Tersenyum pahit mengingat memori itu.
Menikmat kenangan yang sukar untuk dilalui lagi.
"Tabahkan hati" dan tunggu. :)

Wednesday 12 July 2017

HILANG

Mungkin sudah saatnya aku kembali pada realiti
Dan bangun dari mimpi 

Aku hanya seorang manusia yang obseskan manusia
Kewujudanku tidak membawa apa apa erti kepada sesiapa

Cukuplah perasan sendiri dan ditertawa
Cukuplah jadi si penjiwang tiada tara
Karna tiada siapa peduli
Bahkan tiada yang akan memahami
Wujud ku adalah sesuatu yang menyedihkan bagi segenap para manusia

Lalu sesampai sini saja
Wahai dunia
Aku berkata-kata

Lalu sesampai sini saja
Wahai dunia
Aku mempamer wajah

Ingin aku berbalik pada duniaku sendiri
Ingin aku kembali memandang tiada siapa
Ingin aku kembali duduk diam diam dalam dunia terpencilku

Sedar, akan tiada kepentingannya seorang aku pada siapa siapa. 

Saturday 8 July 2017

M U K A


Aku tak tahu sejak bila benda ni mula... Tapi bila fikir balik, aku tahu kenapa aku selalu tak boleh ingat muka orang walaupun aku ingat nama diaorang.
     Aku ibarat Ishida Shouya dalam film Koe No Katachi (The Silent Voice). Dalam satu kumpulan orang ramai, aku akan tunduk dan tidak pandang  sesiapa. Pada mulanya aku ingat aku tak boleh pandang muka lelaki yang aku tak kenal ja, (Konon dulu nak jaga pandangan) Tapi rupanya, aku tak pernah eye contact dengan sesiapa. Selagi diaorang tak tegur aku, selagi tu aku takkan pandang dorang.
     Bagi aku kewujudan semua orang disekeliling aku yang tidak memerlukan aku untuk masuk campur dalam kehidupan mereka adalah TIDAK PENTING SAMA SEKALI. Yepp, bila aku rasa tidak ada kepentingan untuk tegur sesiapa untuk berbahasa basi , aku akan terlihat seakan orang babau (Bisu) yang berada dalam dunianya sendiri.
     Kadang, bila aku tengah sibuk atau dalam keadaan tidak ingin ditegur oleh sesiapa, tapi tiba-tiba dorang tegur untuk suruh aku tengok video yang buat mereka ketawa tak kering gusi, aku be like... ettooo? Sorry? Tapi untuk jaga hati dia orang, aku akan ketawa yang seriously ketawa palsu dan tidak ikhlas.
     Ada juga yang perasan dengan perangai acuh tak acuh aku ni. yang bila dorang excited bercerita, aku respon.. "Oh ya...?" "Ohh, Isee..." "Laaa, yaka?" "Uish teruknyaa..." Aku, selalu jaga kemachoan aku depan orang ramai. Aku tak suka over joy sampai lupa diri. Aku tak suka terkinja-kinja bila one of my fav artis keluar depan TV atau aku jumpa sendiri depan-depan.
     Aku tak suka perbesar masalah yang actually besar. Aku suka abaikan ja bila ada masalah yang aku rasa aku tak perlulah nak perah otak untuk fikir. Dan obviously, aku tak suka tanya benda bodoh atau cakap kosong pasal benda yang aku tak minat.
     Selalu, aku akan cakap banyak bila benda tu menarik perhatian aku, benda yang aku minat, dan benda yang aku ada pengetahuan at it. Ohh, dan aku akan seriously banyak cakap dan banyak cerita dekat orang yang aku dah mula rapat... kadang aku syok sendiri sebab terlalu eksaited nak cerita.
     Errr,, dan aku dah melencong jauh dari tajuk.
    So, yepp... actually, aku tak pernah tengok muka orang straight. Aku tau benda ni agak teruk, tapi aku hanya tengok muka orang yang aku selesa bercakap, dan memang rapat dengan aku. Dan kadang aku agak tekejut bila orang cakap pasal parut atas muka aku ni, know what.. aku ingat semua orang macam aku, tak perati segenap muka orang bila bercakap. Dan yah, bila ditanya parut yang ada atas muka beberapa orang yang aku hanya kenal beberapa bulan yang lepas, memang aku takkan dapat jawab, sebab aku tak pernah pay attention dekat orang yang bercakap dengan aku.
     Ada yang cakap aku ni hati kering bila aku tak da ekpresi tengok lelaki hensem, atau tengok cerita seram atau ketawa terbahak-bahak bila orang buat lawak bodoh, atau bergembira sampai tak ingat dunia. atau buat muka bodoh time perlawanan ping pong, sampai orang cakap aku tak buat betul-betul. Guys, I'm doing ma best dalam perlawanan tu actually, it just my expression expres nothing. Aku rasa aku selesa macam ni. Bersederhana.
     Kalau nak cakap aku ni pasif, yepp I am. tapi tengok situasi juga. Aku akan teruja untuk benda-benda kecil. contohnya, bila ada orang sama minat dengan aku, bila ada orang sama kidal macam aku, bila ada orang suka cakap anime atau movie yang aku suka, bila aku dah masuk kedai buku yang ada discount besar, bila aku kena bawak tengok pemandangan dan nikmati alam-alam.. Aku pun tahu overjoy juga, bila aku fully buat benda yang aku minat. dan masa tu lah aku akan teruja dan nak semua orang tahu yang aku eksaited dengan benda tu. (Walaupun dunia tak pernah kisah)
     It just , mungkin apa yang orang lain minat dan teruja tengok tak sama dengan apa yang aku minat yang boleh buat aku eksaited. Aku takkan teruja tengok artis popular walau dorang berdiri depan aku, aku tak teruja tengok discount baju-baju sampai aku nak shopping, aku tak teruja juga kena bagi hadiah yang mahal (accesori) atau lebih tepat lagi, aku benci kena bagi hadiah yang aku rasa takda kepentingan tu. Aku takkan teruja bila dalam kalayak ramai (dinner / event). Aku tak teruja bila orang puji aku leboh2 (Malah benda tu yang akan buat aku down)...
     Mungkin sebab perempuan ni complicated. Aku complicated... Mungkin sebab tu juga aku tak pernah cuba untuk rapat dengan sesiapa kecuali orang yang hari hari aku jumpa dan akan bercakap dengan.

#Siapa #Kau ??

Saturday 15 April 2017

F O B I A

Fobia, trauma dan seangkatan dengannya. Aku ada penyakit ni, bila bercakap pasal CINTA.
   Mungkin sebab aku takut kecewa, aku takut sedih aku takut untuk menghadapi semua dugaan masa bercinta tu yang menjadi penyebab aku berharap sangat aku dapat hindari benda ni (CINTA).
   Tapi, walau tinggi mana pun aku bina tembok, walau tebal manapun aku lapiskan hati aku ni. Kalau Allah sudah hadirkan perasaan tu... Macam mana kan? Aku larilah jauh mana pun, kalau ada yang kejar. Aku tetap cair.
   Dan ya, aku kalah lagi... Aku tak tahu berapa ramai yang pernah singgah dalam hati aku, sebab kebanyakannya hanyalah 'cinta tak kesampaian'. Macam sebelum ni. Tapi, lepas aku sudah terbiasa sorang2. Hadir pula, sorang Abdullah ni.
   Dulu aku nafi senafinya bila dia kata dia syok dekat aku. Bila lama2, aku sudah malas mahu tarik tali dan buat keputusan untuk TERIMA. Aku terima. Mula2, aku bagi dia buka kunci hati aku, lepastu aku benarkan dia masuk, aku suruh tutup. Kemudian bagi dia tinggal dalam hati aku. Masih lagi dia ada dalam ni (HATI).
   Tapi aku masih dengan fobia trauma semua tu. Aku tidak pernah terima orang secepat ni. Dulupun yang 'cinta x kesampaian' tu.. Berbulan lamanya kami kenal, sampai satu masa dia kena sambung studi jauh. Last2 lost contact dan dia lupa yang kami pernah rapat.
   Aku sejak kebelakangan ni, semakin suka fikir benda2 yang tidak ada. Since aku sedang menjalani hubungan jarak jauh. Walaupun tinggal di negara yang sama. Tapi jauh jugalah.
   Manusia kan, ada hati, ada mata... Fobia trauma dtg balik. Tapi aku tahu aku boleh percayakan dia. Since dia pun letak kepercayaan dia dekat aku. Huuuuuuuu jauhhhh~

#rinduhoit