Sunday 28 February 2021

Langkah yang menggeletar

 Jauh di sudut hati itu, aku terkilan

Terkilan kerana saat aku membulatkan tekad memegang tanggungjawab, syurgaku tidak ada untuk melihat perjalananku.

Terkilan kerana begitu lambat untuk aku bernar benar memasakkan kaki untuk berkata sebenarnya.

Langkah ini sesunggunya menggeletar. menggeletar kerana ketidaksanggupan untuk berjauhan lagi.

Ketidaksanggupan untuk tidak menjaga satu-satunya wali keramatku yang tinggal.

Diantara bapa dan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku, siapakah yang perlu aku utamakan?

Diantara di sini dan di sana. Kemana sebetulnya perlu aku pergi dan hadap sesungguhnya kehidupan?

Langkah ini begitu menggeletarkan. Menggeletarkan. menyesakkan.

Langkah ini, seperti mana ingin aku biasakan?