Tuesday 29 August 2017

Jejak yang hilang

Drama manusia yang tidak pernah habis. Hidup yang dipenuhi dengan cerita pengajaran. Pahit. Manis. Sehinggakan ada yang trauma menjalani kehidupan mereka sendiri. Jejakku. Dihapus. Sepertinya tidak ada sedikitpun ruang untuk aku memenuhi hidup orang.
     Lumrah hidup lebih pahit. Apabila kau perlu menghadapi trauma kau sendiri. Kau cuba mengatasi trauma tu dengan menerima. Dan kau end-up semakin sakit dan pedih dengan keputusan tu. Itu lumrah, untuk ajar kau bangun sendiri.Tapi macam mana kau bangun? Bila secara halus orang-orang menolak kau ketepi?
     Kadang kau rasa itu hanya perasaan emosi yang berlebihan, tetapi tidak. Itu adalah kenyataan yang kau kena terima. Kau bukan lagi berada di bangku sekolah rendah atau menengah , yang dikelilingi dengan kawan-kawan yang baik dan memahami.
     Kau bukan lagi berada di bangku sekolah rendah atau menengah, yang bila bercinta sakitnya dapat hilang sebab kau tahu itu adalah cinta monyet mainan budak-budak. Kalau cinta monyet adalah trauma kecil. Bagaimana pula dengan cinta yang kau ambil serius? Trauma berat? Mungkin?
     Kau bukan lagi berada di bangku sekolah rendah atau menengah untuk kisah akan mulut-mulut orang mengata. Kau bukan lagi budak hingusan yang masih tidak tahu bagaimana dunia ini beroperasi.
     Alam yang tidak ingin tinggalkan itu adalah alam yang mana kau tidak perlu fikir soal hati, soal masalah kedewasaan, soal pekerjaan, soal belajar, soal keluarga. Alam itu adalah fantasi yang kau harap akan terperangkap selamanya didalamnya. Tapi sayang. Alam itu yang tidak patut kau bandingkan dengan hidup kau sekarang.
     Dulu,saat jatuh dan luka, tidak setitikpun air mata mengalir kerana kau sudah biasa dengan sakitnya ketika jatuh. Kau sudah biasa menjalani hari-hari yang penuh dengan luka-luka. Itu lumrahmu ketika masih belum mengenal arti hidup kedewasaan.
     Sekarang, jatuhnya kau berlainan dengan jatuhnya kau dulu. Jatuh sekarang adalah hanya perumpamaan yang kau sedang sakit, kecewa dan ingin lari dari dunia yang terus menerus menyedut semangat dan kewarasan akalmu. Jatuhnya kau, bukan dalam realiti tapi hanya dalam imaginasi akalmu. Dan anehnya, jatuhmu kali ini berjaya memecahkan empangan air dengan luar biasa.
     Kau mungkin rasa hatimu menipu dengan kenyataan yang dibuat-buat. Tapi tidak. itulah kenyataan sebenar. Kau sedang perlahan-lahan ditolak ke tepi dengan penghapusan jejak mu dalam hidup mereka.
     Lalu? Perlukah kau mengundur diri atau bertahan?
     Perkataan 'sakit' itu mungkin tidak dapat kau luahkan pada sesiapa, kerana tidak akan ada yang akan mendengar. Tidak ada yang akan sedar. dan tidak ada yang ingin ambil kisah.Untuk menjaga hatimu yang sebenarnya sudahpun lebur dan berkecai, mereka mungkin akan cakap, 'ceritalah , aku dengar'. Tidak. kau tidak perlu ambil keputusan untuk beritahu semuanya.
     Cukuplah. Kau katakan kepada mereka , kau okey. sedangkan selama ini kau menjalani kemurungan mu dengan sendiri. Sedangkan selama ini kau sendiri yang menarik dirimu daripada terus-terus berada di dalam itu.
     Kali ini. Tidak perlu terlalu terbuka. cukuplah duduk diam-diam di belakang mereka dan sedar akan tempat mu yang memang sewajarnya berada di situ. Kau bukan siapa-siapa dalam hidup mereka. Kau hanyalah manusia yang sama-sama menjalani hidup seperti mereka. Wujudmu sedikitpun tidak memberi apa-apa pengaruh dalam hidup mereka.
     Bohong , bila mereka kata kau watak besar dalam hidup mereka, sedangkan merekalah watak utama dalam hidup mereka. Bukan kau. Tidak perlulah terbuka kepada mereka yang tidak ingin terbuka mengenai hidup mereka kepada kau. Kau bukan sesiapa. Kau hanyalah tempat persinggahan sementara mereka. Yang sedikit demi sedikit akan dipadam dan tidak akan di ingat.
    Jejak mu akan hilang, dari hidup mereka.
     Sedikit demi sedikit.
     Dari hal-hal kecil
     Sehinggalah ke hal-hal besar.
     Jejakmu akan hilang.
     Tidak ada kepentingan sama sekali mereka ingin memberi tahu dunia bahawa kau punya hubungan dengan mereka. Oleh itu, jejak mu tidak boleh tinggal sedikitpun dalam hidup mereka. Kau diterima untuk di buang.
     Akhirnya, ya.
     Jejakmu pun hilang.

Yang tinggal padamu hanyalah,
Ucapan terima kasih kerana telah dibuang memori dan jejakmu dari hidup mereka.

Yang tinggal padamu hanyalah,
Trauma semakin membesar

Yang tinggal padamu hanyalah,
Luka terdalam dipendam perasaan.

Yang tinggal padamu hanyalah,
Senyuman yang kosong isinya.

Sunday 27 August 2017

T I A D A

Semakin aku menginjak dewasa, semakin aku tidak terkata dengan keadaan dunia. mungkin kerana kematangan membuat aku berfikir lebih sebelum mengemaskini penulisan. Mungkin juga kerana, sudah tidak ada apa lagi yang perlu aku tulis tentang hidup.
     Aku sudah berhenti membaca dan berfikir mengenai hidup. Aku sudah terperangkap kembali di dalam tempurung yang tidak punya jendela. Aku sudah kembali kepada diri yang hanya tahu menghadap dinding dan lelah untuk melibatkan diri dengan sesiapa. Aku penat dengan karenah manusia manusia. 
     Aku sedar, setiap dari kita memakai topeng yang tidak ingin dilucutkan pada mata dunia. Aku tahu aku sedang menjadi orang lain untuk menyesuaikan diri dengan keadaan masyarakat. Aku juga tahu orang yang berkali-kali cuba menegaskan itu adalah mereka, sedangkan itu tidak betul.
     Mereka menghakim manusia lain, kemudian mereka mengutuk dan mengutuk berkata tidak suka akan manusia itu. Tapi kenapa? Akhirnya mereka menjadi manusia itu? manusia yang mereka kutuk, tanpa mereka sedar.
    Jika betul, kau tidak mahu orang memandangmu? kenapa perlu kau melakukan sesuatu diluar kebiasaan dirimu? apa perlu kau melampaui sehingga menjadi apa yang orang ingin lihat? kenapa kau tidak mahu menjadi dirimu yang kau sendiri ingin lihat?
     Aku juga memakai topeng, malahan aku sentiasa memperagakannya. tapi topengku, masih menjadikan aku diriku tanpa melampaui ketarbatasan diri ini, aku  cuba menjadi diri yang sesuai dengan segenap masyarakat. Aku tidak mampu hidup seperti apa yang masyarakat mahu lihat melalui diriku karna itu, cukup bersederhana.
    Manusia lain tidak pernah kisah akan kehadiranmu dalam kelompok mereka. Kau itu hanyalah watak kecil yang tidak punya apa-apa kesan terhadap hidupan harian mereka. Oleh itu, saat kau cuba menjadi bukan dirimu dan mengikut apa yang masyakat mahukan, kau terlihat begitu tolol.
     Berhenti menjadikan dirimu bahan ketawa orang lain. Berhenti menjadikan dirimu begitu tidak berguna terhadap diri sendiri.
     Aku sudah berhenti menulis mengenai hidup. Olahan penulisanku mengenai kehidupan juga cukup menyedihkan. karna aku sudah lelah mengikuti semua permainan dunia ini. aku sudah lelah, dan hanya ingin duduk bersendiri di bawah tempurung ini.
     Saat aku sedar, betapa tidak pentingnya wujudnya aku dalam hidup manusia lain. Saat aku sedar, betapa kelilingku penuh dengan muka-muka topeng yang benar-benar sudah lari dari identiti mereka. Mereka kata mereka tidak mahu berkata besar.. tapi hakikatnya mereka show off dan bragg setiap masa. Berhentilah.
     Berhenti. Terima kasih.