Thursday 6 November 2014

Sijil Terlampau Perit Mendebarkan (STPM)

Saat kaki melangkah masuk kedalam Bilik permata untuk mendaftar menjadi salah seorang pelajar PRA-U kohort ke-3 2014, debaran itu terasa.

Walaupun niat hati ingin memohon SPA sahaja, namun baba dengan tegas mengatakan.

"habiskan tingkatan 6 dulu, lepas dah habis, nak sambung mana pun silakan. Baba takkan larang."

Aku bersangka baik saja, kerana pasti ada hikmah disebalik kemasukkan aku ke tingkatan 6.

Aku tersenyum memujuk diri. aku suka masuk T6. sampai sekarang aku suka.

STPM PENGGAL PERTAMA akan mula tak lama lagi. . 17nov-19nov ni.

Tapi aku tak yakin dapat atau tak buat yang terbaik supaya tak ulang paper. bagi aku ulang paper tu sangat menyesakkan kepala dan bazir masa.

Aku tengok senior senior kohort ke-2 macam tersiksa ja. sebab tu aku kena yakin kan diri yang aku boleh buat.

Tapi... keyakinan aku macam merundum pula... kenapa ek?

No comments:

Post a Comment